KEM MEMBINA GENERASI SOLAT (KEM MGS) TAHUN 2025

KEM MEMBINA GENERASI SOLAT (KEM MGS) TAHUN 2025

Alhamdulillah, Kem Membina Generasi Solat (KEM MGS) Tahun 2025 telah dilaksanakan pada 22 hingga 23 Disember 2025, bertempat di Surau al-Hikmah 1, JAHEAIK, dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Program anjuran Bahagian Dakwah JAHEAIK bersama Bahagian Dakwah Halaqat serta Badan Kebajikan & Riadah Kakitangan JAHEAIK (BAKRI) ini telah disertai seramai 44 orang peserta berumur 6 hingga 12 tahun.

Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman peserta berkaitan ibadah solat, membimbing peserta melaksanakan solat dengan tatacara yang betul berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah serta meningkatkan penghayatan rohani dan kualiti ibadah. Peserta telah didedahkan kepada pengenalan ibadah solat, thaharah dan wuduk mengikut sunnah, rukun-rukun solat, kesilapan umum dalam solat serta cara pembetulannya. Selain sesi kuliah, peserta turut mengikuti aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK), amali solat dan tahsin bacaan dalam solat yang dibimbing oleh para fasilitator.

Secara keseluruhannya, program telah berjaya dilaksanakan dengan baik dan mencapai objektif yang ditetapkan. Program ini memberi kefahaman yang lebih tepat kepada peserta mengenai konsep, syarat, rukun dan kepentingan solat serta membantu membentuk sahsiah yang berdisiplin, bertanggungjawab dan mencintai ibadah. Diharapkan peserta dapat mengamalkan ilmu yang diperoleh dan menjaga solat lima waktu secara konsisten dalam kehidupan seharian.

#DakwahKreatif2025#DariMindaKeMediaSosial#DakwahEraDigital2025

                 

Categories: Arkib Berita

Write a Comment

Only registered users can comment.