๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐๐ฅ๐๐ฃ๐๐ก ๐๐๐ข๐ ๐๐๐ฃ๐๐ก๐๐ง ๐๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ฌ๐๐ง๐ ๐๐๐๐
Program Jelajah Daie Gua Musang 2024 merupakan program baharu yang julung-julung diadakan pada tahun ini. Bahagian Dakwah JAHEAIK telah memilih Jajahan Gua Musang sebagai jajahan pertama bagi pelaksanaan program ini pada 16-17 Julai 2024.
Program ini berbentuk turun padang ini merupakan salah satu usaha Bahagian Dakwah JAHEAIK untuk menyantuni masyarakat pedalaman dan luar bandar secara dekat, seterusnya menjalankan pelbagai aktiviti untuk menarik minat pelbagai lapisan masyarakat.
Bagi memastikan usaha dakwah yang berkesan, aktiviti yang diadakan bukan sahaja terhad kepada ceramah dan kuliah semata-mata, tetapi turut melibatkan pelbagai aktiviti seperti ziarah, sukan, riadah, hiburan yang berlandaskan syariat, penyampaian bantuan kepada dhuafaโ dan sebagainya.
Antara pengisian program dalam Jelajah Daie ini adalah Ceramah Hijratul Rasul, penyampaian bakul makanan kepada keluaga dhuafaโ, Ziarah Dhuafaโ Kuliah Fiqh Wanita, Forum Perdana, Ceramah Motivasi Kekeluargaan, Kuliah Subuh, Pertandingan Hafazan dan Azan Kanak-Kanak, sukaneka kanak-kanak dan sukan persahabatan bagi golongan dewasa.
Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk kampong. Kerjasama yang baik oleh pihak sekolah, PIBG dan jawatankuasa masjid juga telah membantu program ini berjalan dengan jayanya dan telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Hajjah Noorlailawati bt. Mamat, Timbalan Pengarah Operasi JAHEAIK.
Secara keseluruhannya, Program Jelajah Daie 2024 ini telah dapat dilaksanakan dengan baik dan mencapai objektif yang digariskan. Bahagian ini berhasrat supaya program ini dapat diteruskan agar menjadi wasilah untuk mewujudkan hubungan baik di antara JAHEAIK dan masyarakat, terutama mereka yang berada di kawasan yang jauh dan terpencil.
#jelajahdaei#dakwahjaheik
Related Articles
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐/๐๐๐๐๐
๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐ข๐๐ซ๐๐ก ๐๐ค๐ก๐ฎ๐ฐ๐ฐ๐๐ก ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ฌ๐ฒ๐๐ซ๐๐ค๐๐ญ ๐๐ซ๐๐ง๐ ๐๐ฌ๐ฅ๐ข ๐๐จ๐ฌ ๐๐๐ฅ๐๐ซ ๐.๐ ๐๐๐ก๐ฎ๐ง ๐๐๐๐๐/๐๐๐๐๐
Write a Comment
Only registered users can comment.












