Pengenalan
Aplikasi e-Sahabat merupakan sebahagian daripada Projek e-Dakwah yang telah dibangunkan oleh Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan pada tahun 2014. Aplikasi ini bertujuan untuk memudahkan pengguna membuat permohonan Sahabat JAHEAIK secara atas talian.

Sahabat JAHEAIK ditubuhkan bertujuan untuk memastikan generasi muda hari ini sentiasa terdidik dengan akhlak dan tingkah laku serta adab sopan. Semua peserta Sahabat JAHEAIK akan diajar dengan akhlak dan adab sopan melalui aktiviti yang akan disusun agar mereka membesar dengan akhlak Islamiah serta tanggungjawab selaku seorang Muslim yang baik. Selain itu, mereka akan dilatih sebagai kumpulan sokongan JAHEAIK, mata telinga dalam komuniti yang akan turut sama menyebarkan dakwah, amar makruf dan nahi mungkar serta mendokong segala program JAHEAIK.

Bermula tahun baharu 1443H / 2021M, Sahabat JAHEAIK telah dijenamakan semula sebagai Kelab Sahabat Daie. Penjenamaan semula ini bertujuan memberikan nafas baharu kepada kelab ini serta untuk membolehkan ia mengorak langkah ke hadapan dengan lebih pantas. Kelab ini akan bergerak untuk melaksanakan pelbagai aktiviti dakwah di bawah sokongan dan pemantauan JAHEAIK.
Program Terkini

Program Membina Remaja Iman - Kem Remaja Soleh (MRI-KRS 2022)

Tujuan dan Keistimewaan KELAB SAHABAT DAIE

Kelab Sahabat Daie merupakan satu platform yang menghimpunkan golongan muda di bawah bimbingan dan naungan Bahagian Dakwah JAHEAIK untuk menggerakkan kempen WE SUPPORT DAKWAH kepada semua lapisan masyarakat.

Kelab ini merupakan satu pendekatan inovatif bagi melahirkan pelapis dai yang mampu menyemarakkan agenda dakwah, seterusnya bersama-sama menangani isu gejala sosial di kalangan masyarakat.

Ahli-ahli kelab akan dilatih dan dibimbing dengan beberapa modul berkaitan dakwah, seperti pengenalan teknik dakwah, pidato dakwah (public speaking), pembikinan video pendek dakwah, ruqyah syar’iyyah, kepimpinan dan latihan untuk menjadi imam dan khatib.

Ahli-ahli kelab juga akan dilibatkan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti dakwah lapangan seperti Street Dakwah, Mobile Dakwah, Dakwah Digital, Ziarah Dhuafa’ dan dakwah belantara di pos-pos Orang Asli.

Semua ahli akan mendapat keistimewaan ciskaun buku-buku jualan JAHEAIK serta sijil penyertaan Kelab Sahabat Daie.