PROGRAM TAZKIRAH MINGGUAN MASYARAKAT ORANG ASAL POS BALAR GUA MUSANG

PROGRAM TAZKIRAH MINGGUAN MASYARAKAT ORANG ASAL POS BALAR GUA MUSANG
Tarikh : 21 Oktober 2020 (Rabu mlm Khamis)
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Masjid Pos Balar
Tazkirah mingguan yang biasanya diadakan setiap mlm selasa ditunda ke mlm ini. Alhamdulillah lbh kurang 80 org jemaah termasuk kanak-kanak datang memenuhi ruangan masjid hasil gabungan Muallim JAHEAIK dan Sekolah Kebangsaan Pos Balar.
Bagi kanak-kanak, kita adakan tayangan video di perkarangan rumah Muallim untuk memberikan ruangan yg selesa bagi golongan dewasa mengikuti kelas pengajian mingguan.
Inshaallah dalam masa terdekat ni, kita akan mengadakan kuliah mingguan di Kg. Dakoh pula (4 km dari Kg. Balar) pada setiap hari selasa.
Mudah-mudahan target kita utk melahirkan 14 org DA’IE dari kalangan Masyarakat Orang Asal Pos Balar dalam tempoh 3 bulan ini akan menjadi kenyataan dan dipermudahkan Allah swt.
Terima kasih kpd Ustaz Muhammad Syibli SK Pos Balar, Para Muallim JAHEAIK, Guru Agama MAIK yg bekerja keras utk menjayakan tanggungjawab besar di belantara ini.
# YEK HAQ BERSAUDARA #
Categories: Arkib Berita

About Author

Write a Comment

Only registered users can comment.