Program Qiam With Me 1445H/2024M

Program Qiam With Me 1445H/2024M

Tumpat, 27 Ramadan : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan yang diurusetiakan Bahagian Dakwah Jaheaik dan Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan Al-Muhammadi dengan kerjasama Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan Majlis Jaksa Pendamai Kelantan telah mengadakan Program Qiam With Me 1445H/2024M

Program ini telah berjaya disempurnakan pada 26 & 27 Ramadhan 1445H bersamaan 06 & 07 April 2024M, bertempat di Masjid Al-Ismaili, Pasir Pekan, Tumpat.

Pogram ini bermula dengan Solat Isyak dan Tarawih berjemaah dan diteruskan dengan Ceramah Moreh Minda bersama penceramah jemputan iaitu Ustaz Azhar Idrus.

Seterusnya program Qiamullail dimulakan setelah keberangkatan tiba Ke Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan.Secara keseluruhannya, program ini berjalan lancar dan mendapat sambutan dan penyertaan yang amat menggalakkan daripada para dif jemputan dan masyarakat sekitar.

#qiamwithme1445H#dakwahjaheik

Categories: Arkib Berita

About Author

Write a Comment

Only registered users can comment.