๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐/๐๐๐๐๐
Pada 09 Jun 2025/12 Zulhijjah 1446H (Isnin), Bahagian Dakwah JAHEAIK dan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menganjurkan Program Ibadah Korban Dan Akikah Saudara Kita Sempena Aidiladha 1446H/2025 bertempat di Kompleks Islam Darulnaim, Lundang, Kota Bharu.
Program ini juga dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Cawangan Kelantan, International Islamic And Dakwah Centre (IIDAC), Persatuan Muslim India Kelantan, Kelab Kebajikan Baitul Hijrah, Persatuan Dayak Muslim Malaysia Cawangan Kelantan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan (Balai Bomba Kota Darulnaim).
Sebanyak 6 ekor lembu telah disumbangkan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bagi menjayakan program ini, yang mana daging korban telah diagihkan kepada 300 orang penerima di kalangan Saudara Kita di Negeri Kelantan.
Pengagihan daging korban kepada Pengerusi-pengerusi Persatuan Saudara Kita disempurnakan oleh YABrs. Dr. Hasnan Bin Hj. Ramli, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan. Program ini turut dihadiri YBrs. Timbalan Pengarah (Operasi) JAHEAIK, YM. Timbalan Pengarah (Pengurusan) JAHEAIK, YBrs. Ketua Pegawai Agama MAIK, YBrs. Pengerusi-Pengerusi Persatuan Saudara Kita dan pegawai-pegawai dari JAHEAIK.
#PenghayatanMembangunBersamaIslam#KelantanSejahteraUntukIslam#dakwahforall#teamdakwahjaheaik
Related Articles
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ โ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐โ ๐๐๐๐๐ / ๐๐๐๐๐
๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐ข๐๐ซ๐๐ก ๐๐ค๐ก๐ฎ๐ฐ๐ฐ๐๐ก ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ฌ๐ฒ๐๐ซ๐๐ค๐๐ญ ๐๐ซ๐๐ง๐ ๐๐ฌ๐ฅ๐ข ๐๐จ๐ฌ ๐๐๐ฅ๐๐ซ ๐.๐ ๐๐๐ก๐ฎ๐ง ๐๐๐๐๐/๐๐๐๐๐
Write a Comment
Only registered users can comment.









