300 Jemaah Solat Sunat Gerhana

300 Jemaah Solat Sunat Gerhana

Kota Bharu: Lebih 300 jemaah lelaki dan perempuan menunaikan solat sunat gerhana matahari separa di perkarangan Kompleks Balai Islam, Lundang, di sini bermula 8.15 pagi tadi.

Solat sunat dua rakaat itu diimamkan Imam Besar Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Ustaz Mohd Hanafizi Abdullah.

Turut serta Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau Negeri, Dr Md Yusnan Yusof; Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK), Datuk Che Mohd Rahim Yusof.

Selesai solat, Mohd Hanafizi turut berceramah mengenai kebesaran kejadian gerhana matahari separa selama kira-kira 10 minit.

Difahamkan, masjid utama di negeri ini turut mengadakan solat sunat serupa untuk kariah masing -masing.

Orang ramai juga berkesempatan menyaksikan kebesaran Allah SWT itu di Pantai Irama Bachok yang berakhir 9.30 pagi tadi.

Sumber : hmetro.com.my

Categories: Arkib Berita

About Author

Write a Comment

Only registered users can comment.