DAKWAH BELANTARA

DAKWAH BELANTARA
Tarikh : 13 & 14 November 2020
Hari : Jumaat & Sabtu
Tempat : Kg. Pelug, Pos Tuel, Gua Musang
Alhamdulillah dapat berkerjasama dengan NGO Akademi Dakwah Anak Muda (ADAM) menjayakan Program Kembara Dakwah ke Kg. Pelug dalam Pos Tuel.
Walaupun tempoh program yang singkat 2 hari 1 malam tapi padat dengan aktiviti. Masyarakat Orang Asli juga memberikan kerjasama yang erat sepanjang program. Syukur ke hadrat Ilahi, program-program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik.
Pembinaan tangga untuk kemudahan penduduk kg. ke sungai, agihan bantuan keperluan asas dan majlis sambutan Maulidur Rasul di surau Kg. Pelug.
Ziarah Dhu’fa’ Angah bin Uda di Kg. Kerbok yang uzur tinggal seorang diri di pondok usang dalam keadaan mata yang tak nampak amat menyentuh hati “Yekk syudah lama masyuk isylam” katanya.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada YB. Ustaz Li (Mohd Roseli bin Ismail) ADUN Kemuning, Ustaz Mohd Hushaimi bin Hussian Pegawai Khas YAB. Menteri Besar Kelantan, YADIM, JAKIM, Muallim JAHEAIK, Pemuda Gua Musang, ADAM dan semua yang terlibat.
Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Semoga Allah swt memberikan kesihatan dan kekuatan kepada semua pendakwah untuk meneruskan kerja besar yang ditinggalkan oleh baginda Rasulullah saw.
Categories: Arkib Berita

About Author

Write a Comment

Only registered users can comment.