PERTANDINGAN BERCERITA VIDEO PENDEK ISRAK MIKRAJ 1442H/2021M

PERTANDINGAN BERCERITA VIDEO PENDEK ISRAK MIKRAJ 1442H/2021M
السلام عليكم ورحمة الله
وبركاته???
Bahagian Dakwah JAHEAIK ingin menjemput anda untuk menyertai Pertandingan Bercerita Video Pendek Sempena Program Bicara Ad-Din Israk Mikraj Bagi Tahun 1442H/2021M.
Syarat-syarat pertandingan :
1. Terbuka kepada semua individu YANG BERMASTAUTIN DI NEGERI KELANTAN.
2. Peserta kategori remaja dan kanak-kanak wajib mendapat keizinan ibu bapa atau penjaga.
3. Video hendaklah berdurasi tidak lebih daripada 4 minit sahaja, bertemakan peristiwa Israk & Mikraj yang diambil daripada sumber dan fakta yang sahih.
4. Video hendaklah dihantar ke no WhatsApp urusetia pertandingan, 010-5550796. Video terpilih akan dimuatnaik ke laman facebook Bahagian Dakwah – Jaheaik. Peserta diminta like, share dan mempromosikan video masing-masing.
5. Setiap peserta diwajibkan like dan follow facebook Bahagian Dakwah – Jaheaik.
6. Penyertaan boleh dibuat dengan mengisi borang penyertaan yang disediakan di https://forms.gle/xH56pHKwFHAQPMGe8
7. Penyertaan mestilah sampai kepada pihak urusetia sebelum atau pada 15 Mac 2021 / 1 Sya’baan 1442H
8. Video yang dihantar akan menjadi hakmilik JAHEAIK.
9. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak mengikut kriteria yang telah ditetapkan.
10. Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD.
■KRITERIA PEMARKAHAN■
Kriteria pemarkahan adalah sebagaimana berikut:
i. MESEJ DAKWAH JELAS & KREATIF : 35%
ii. ISI KANDUNGAN : 35%
iii. PENYAMPAIAN YANG BAIK : 20%
iv. BILANGAN LIKE & SHARE : 10%
JUMLAH KESELURUHAN : 100%
*KATEGORI PERTANDINGAN*
1. Terbuka Lelaki (18 tahun ke atas)
2. Terbuka Wanita (18 tahun ke atas)
3. Remaja Lelaki (13-17 tahun)
4. Remaja Perempuan (13-17 tahun)
5. Kanak-Kanak Lelaki (7-12 tahun)
6. Kanak-Kanak Perempuan (7-12 tahun)
Categories: Arkib Berita

About Author

Write a Comment

Only registered users can comment.