PROGRAM KORBAN DAN AKIKAH SAUDARA KITA SEMPENA AIDILADHA TAHUN 1443H/2022M

PROGRAM KORBAN DAN AKIKAH SAUDARA KITA SEMPENA AIDILADHA TAHUN 1443H/2022M

 Bahagian Dakwah JAHEAIK telah mengadakan majlis Program Korban dan Akikah di Taman Istiadat Bachok yang bekerjasama dengan NGO, masjid dan Pejabat Agama Jajahan Bachok.

Program Korban dan Akikah Saudara kita sempena Aidiladha berlangsung bermula jam 7.30 pagi dengan sesi taklimat daripada urusetia program berkaitan Ibadah Korban yang akan dilaksanakan melibatkan NGO-NGO daripada pelbagai bangsa antaranya MACMA, IIDAC, PMIK, KKBH dan PDMK serta Saudara Kita di bawah seliaan PAJ Bachok.

Program Ibadah Korban kali ini melibatkan 6 Ekor lembu iaitu 3 ekor hasil sumbangan daripada Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Melayu Kelantan, manakala 3 ekor lagi merupakan sumbangan dari JAHEAIK. Kesemua daging korban itu diagihkan kepada semua peserta yang hadir.

Program tersebut dihadiri oleh YBrs. Timbalan Pengarah (Operasi) mewakili YB Dato’ Pengarah JAHEAIK dan YM. Timbalan Pengarah (Pengurusan) JAHEAIK. Turut hadir  program tersebut: Wakil Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok dan Wakil Majlis Daerah Bachok.

Pihak penganjur juga turut menyediakan pengisian rohani untuk para muallaf yang hadir semasa program korban dan melapah sedang berlangsung, iaitu :

-Ceramah santai yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Kashuadi bin Abdul Ghani

-Persembahan nasyid oleh Al-Fadhil Ustaz Wan Ahmad Hazwan bin Abdul Rahman

Pada jam 11.30 pagi, sesi pengagihan daging korban dan akikah telah disempurnakan oleh YBrs. Timbalan Pengarah (Operasi) dan YM. Timbalan Pengarah (Pengurusan) JAHEAIK. Selesai majlis pengagihan tersebut, kesemua jemputan dan peserta disajikan dengan hidangan yang telah disediakan oleh pihak urusetia di Masjid Mahmoodi. Program selesai dengan Solat Zohor berjemaah di Masjid Mahmoodi.

 

 

 

Categories: Arkib Berita

About Author

Write a Comment

Only registered users can comment.