KOTA BHARU – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) menambah enam lagi pendakwah bagi membimbing dan memastikan akidah Orang Asli beragama Islam di negeri ini terpelihara.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa pembangunan Islam, pendidikan, dan Dakwah Negeri, Muhammad Mustapha berkata, penambahan tersebut menjadikan jumlah pendakwah untuk golongan berkenaan kini 18 orang.
โSebelum ini hanya 12 pendakwah memikul tanggungjawab menyampaikan dakwah secara berterusan berkenaan yang bertugas di lima penempatan Orang Asli di negeri ini, dan diharap dengan pertambahan ini akan memantapkan lagi kerja- kerja membimbing dan menjaga akidah golongan berkenaan,โ katanya.
Muhammad berkata demikian selepas merasmikan Kursus Asas Pengurusan dan Dakwah serta Penyampaian Kit Alat Bantuan Dakwah kepada Muallim Jaheaik di sini, kelmarin. Hadir sama, Timbalan Pengarah Jaheaik (Bahagian Koperasi), Mohd Salleh Mat Jusoh dan Ketua Penolong Pengarahnya (Dakwah), Hasnan Ramli.
Menurutnya, pendakwah berkenaan yang sebahagian besar masih bujang akan tinggal di kawasan masing- masing selama tiga minggu manakala seminggu lagi untuk mereka pulang bercuti.
โDengan adanya pendakwah kita di sana membolehkan Orang- orang Asli ini mengikuti pengajian Islam secara terperinci dengan mengikuti kelas bacaan al-Quran, fardhu ain dan sebagainya termasuk mempelajari solat,โujarnya.
Sebanyak RM50,000 diperuntukkan untuk membiayai peralatan bantuan untuk tujuan dakwah seperti motosikal, komputer riba, projektor, dan kelengkapan jenazah.
Sumber : sinarharian.com.my
Related Articles
๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐ข๐๐ซ๐๐ก ๐๐ค๐ก๐ฎ๐ฐ๐ฐ๐๐ก ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ฌ๐ฒ๐๐ซ๐๐ค๐๐ญ ๐๐ซ๐๐ง๐ ๐๐ฌ๐ฅ๐ข ๐๐จ๐ฌ ๐๐๐ฅ๐๐ซ ๐.๐ ๐๐๐ก๐ฎ๐ง ๐๐๐๐๐/๐๐๐๐๐
Write a Comment
Only registered users can comment.


