21 Zulhijjah 1444H bersamaan 10 Julai 2023M(Isnin) – Unit Penerbitan Bahagian Dakwah JAHEAIK telah menjalankan Program Mobile Dakwah di Pasar Melor, Kelantan.
Program ini telah disertai oleh kakitangan dan pelajar praktikal daripada Bahagian Dakwah JAHEAIK yang bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi ini diisi dengan penyebaran risalah-risalah kepada pengunjung serta peniaga pasar yang berkaitan aurat lelaki dan perempuan serta bahaya zina
Selain itu, program ini juga bertujuan bagi memberi pendedahan berkenaan pentingnya menjaga aurat dan menjawab pertanyaan berkaitan agama dan isu semasa daripada masyarakat setempat yang dijumpai.
Categories:
Arkib Berita
About Author
Write a Comment
Only registered users can comment.