Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan dengan kerjasama Pertubuhan Kerabat DโRaja Kelantan Al-Muhammadi, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan Majlis Jaksa Pendamai Kelantan telah mengadakan Program Qiam With ME 1446H/2025M.Program ini telah berjaya disempurnakan pada malam 27 Ramadhan 1446H bersamaan 27-28 Mac 2025M, bertempat di Masjid Jamek Al-Ismaili, Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan
Program ini bermula dengan Solat Isyak dan Tarawih berjemaah dan diteruskan dengan penampilan istimewa Murabbi Ummah, ๐๐ฅ-๐ ๐๐๐ก๐ข๐ฅ ๐๐ฌ๐ญ๐๐ณ ๐๐ณ๐ก๐๐ซ ๐๐๐ซ๐ฎ๐ฌ yang telah memberikan perkongsian santai Moreh Minda bermula ๐ฃ๐๐ฆ ๐๐.๐๐ ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ฆ.
Kemuncak program ini adalah acara Qiamullail pada jam 2.30 pagi yang telah diserikan dengan keberangkatan Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra.
Turut hadir, Yang Amat Berhormat Ustaz Datoโ Panglima Perang Dato’ Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan.
Alhamdulilah, program ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
#QiamWithMe1446H#MemburuLailatulQadr#MasjidJamekAlIsmaili#PenghayatanMembangunBersamaIslam
Related Articles
๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐ข๐๐ซ๐๐ก ๐๐ค๐ก๐ฎ๐ฐ๐ฐ๐๐ก ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ฌ๐ฒ๐๐ซ๐๐ค๐๐ญ ๐๐ซ๐๐ง๐ ๐๐ฌ๐ฅ๐ข ๐๐จ๐ฌ ๐๐๐ฅ๐๐ซ ๐.๐ ๐๐๐ก๐ฎ๐ง ๐๐๐๐๐/๐๐๐๐๐
Write a Comment
Only registered users can comment.
















