Program “Jom Tadabbur Surah As-Sajdah 1445H/2023M”

Program “Jom Tadabbur Surah As-Sajdah 1445H/2023M”

Pendekatan dakwah kepada masyarakat harus dipelbagaikan agar ia kekal releven dan menepati keperluan kelompok sasaran pada masa kini.

Sehubungan itu, Bahagian Dakwah dengan kerjasama Masjid Raudhatul Sakinah, Kota Bharu, Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan dan Surau al-Hikmah 2, Taman Bendahara  telah menganjurkan program Jom Tadabbur Surah As-Sajdah 1445H/2023M  pada Jumaat, 8 September 2023, bertempat di Masjid Raudhatul Sakinah, Kota Bharu.

Antara objektif program ini adalah bagi menimbulkan minat dan kesedaran masyarakat supaya sentiasa membaca Al-Quran. Selain itu, ia juga bagi memberikan pengisian ilmiah dan bermanfaat kepada masyarakat serta mendorong dan mengajak masyarakat awam yang terdiri daripada jemaah masjid dan penduduk sekitar untuk bersama-sama mendengar dan mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran pada malam tersebut. Program dakwah ini dibuat secara ilmiah dan santai dengan menggabungkan bacaan tarannum al-Quran, ulasan ilmiah tadabbur al-Quran dan alunan nasyid yang berkaitan dengan tema tadabbur.

Categories: Arkib Berita

About Author

Write a Comment

Only registered users can comment.