PROGRAM MAHRAJAN AMAL ISLAMI MUALLAF PERINGKAT NEGERI KELANTAN 1443H/2022

PROGRAM MAHRAJAN AMAL ISLAMI MUALLAF PERINGKAT NEGERI KELANTAN 1443H/2022

Program Mahrajan Amal Islami Muallaf Peringkat Negeri Kelantan 1443H/2022 merupakan program dwi tahunan dan ianya diurusetiakan oleh Bahagian Dakwah JAKIM untuk Mahrajan Peringkat Kebangsaan. Manakala di peringkat negeri pula, ianya diurusetiakan bersama oleh  Bahagian Dakwah JAHEAIK dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Sebanyak lima acara telah dipertandingkan dalam mahrajan kali ini iaitu Tilawah, Hafazan, Syarahan, Azan dan juga Nasyid. Seramai 62 peserta yang telah menyertai mahrajan pada kali ini termasuk 4 buah kumpulan nasyid.

Kelima-lima acara telah dipertandingkan pada sebelah pagi di lima buah tempat pertandingan iaitu:-

 

a) Tilawah – Dewan Abu Bakar

b) Hafazan – Dewan Peperiksaan Atas

c) Nasyid – Dewan Besar Balai Islam

d) Syarahan – Dewan Tazkirah MAIK

e) Azan – Surau Al-Hikmah

Pada sebelah petang pula diadakan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang setiap pertandingan dan ianya  telah  disempurnakan oleh YB Dato’ Panglima Perang, Dato’ Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan.

Turut hadir dalam majlis ini ialah YABrs. Timbalan Yang Dipertua MAIK, YBrs. Timbalan Pengarah (Operasi) JAHEAIK, YM. Timbalan Pengarah (Pengurusan) JAHEAIK, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Pegawai-pegawai dari JAHEAIK dan MAIK.

Majlis Penutup diserikan lagi dengan dua persembahan dari pemenang iaitu Johan Nasyid dan Johan Tilawah kategori Lelaki. Para pemenang yang berjaya serta mempunyai syarat yang cukup, terpilih untuk mewakili Negeri Kelantan bagi menyertai Mahrajan Amal Islami Muallaf Peringkat Kebangsaan 2022 yang akan diadakan pada  18-20 Ogos 2022 di ILIM Besut, Terengganu.

Majlis telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya mengikut SOP yang telah ditetapkan

Categories: Arkib Berita

About Author

Write a Comment

Only registered users can comment.