Muallim JAHEAIK bertugas di dalam 5 buah Pos Orang Asli iaitu Pos Balar, Pos Hau, Pos Pasik, Pos Tuel dan Pos Lojing (KOA Sigar & KOA Jekjok) selama 3 minggu sebulan.
Bulan Ramadhan bukan menjadi penghalang kepada para Muallim JAHEAIK, mereka tetap bersemangat meredah hutan belantara bagi menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan untuk berdakwah dan menyantuni masyarakat Orang Asli nun jauh di kawasan pendalaman hulu Kelantan.
Para Muallim JAHEAIK melaksanakan Program Ihya’ Ramadhan Bersama Masyarakat Orang Asli 1446H/2025M dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang antaranya Solat Fardhu dan Solat Sunat Teraweh secara berjemaah di masjid/surau di setiap Pos, Tadarus Al-Quran, Iftar, Tazkirah dan Ziarah Cakna Kebajikan.
Semoga perjuangan dan pengorbanan para Muallim JAHEAIK mendekati dan menyantuni masyarakat Orang Asli terutama golongan muda dan kanak-kanak akan meninggalkan kesan yang baik untuk masyarakat Orang Asli di masa akan datang.
#Semarak Ramadhan
#Dakwah For All
#Team Dakwah JAHEAIK
Related Articles
๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐ข๐๐ซ๐๐ก ๐๐ค๐ก๐ฎ๐ฐ๐ฐ๐๐ก ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ฌ๐ฒ๐๐ซ๐๐ค๐๐ญ ๐๐ซ๐๐ง๐ ๐๐ฌ๐ฅ๐ข ๐๐จ๐ฌ ๐๐๐ฅ๐๐ซ ๐.๐ ๐๐๐ก๐ฎ๐ง ๐๐๐๐๐/๐๐๐๐๐
Write a Comment
Only registered users can comment.



















