๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐/๐๐๐๐๐
๐ง๐๐ก๐๐ ๐ ๐๐ฅ๐๐, 7 ๐ด๐๐ : Bahagian Dakwah Jaheaik dengan kerjasama Pejabat Agama Jajahan Tanah Merah dan Pejabat Agama Jajahan Machang telah mengadakan Kursus Pemantapan Solat Dan Puasa Saudara Kita 1445H/2024M di Dewan Al-Fateh pejabat Agama Jajahan Tanah Merah Kelantan. Peserta yang hadir telah dibantu oleh urusetia program bagi pendaftaran QR Kod untuk cabutan bertuah dan peserta telah dijamu dengan sarapan pagi. Program bermula dengan slot pertama iaitu Pemantapan Solat oleh Ustaz Nik Mohd Nizam bin Mohd Nasir, Pegawai Dakwah Jajahan Machang.Setelah tamat slot pertama, program diteruskan dengan majlis perasmian oleh YB. Datoโ Lela Perkasa Pengarah JAHEAIK.
Disamping itu juga, program diselangi oleh cabutan bertuah sesi pertama yang telah disampaikan oleh YB. Datoโ Lela Perkasa Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) dengan diiringi Ketua Penolong Pengarah Dakwah, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Halal dan Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah.
Selain itu, program diselangi dengan persembahan oleh Ustaz Hazwan dari Bahagian Dakwah Jaheaik sebelum program dilanjutkan dengan slot kedua iaitu Pemantapan Puasa oleh Ustaz Nik Mohd Nasir, Pegawai Dakwah Jajahan Machang. Akhir sekali program ditamatkan dengan sesi kedua cabutan bertuah dan jamuan makan tengahari.
#dakwahnonmuslim#dakwahjaheik
Antara objektif program ini adalah bagi menimbulkan minat dan kesedaran masyarakat supaya sentiasa membaca Al-Quran. Selain itu, ia juga bagi memberikan pengisian ilmiah dan bermanfaat kepada masyarakat serta mendorong dan mengajak masyarakat awam yang terdiri daripada jemaah masjid dan penduduk sekitar untuk bersama-sama mendengar dan mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran pada malam tersebut. Program dakwah ini dibuat secara ilmiah dan santai dengan menggabungkan bacaan tarannum al-Quran, ulasan ilmiah tadabbur al-Quran dan alunan nasyid yang berkaitan dengan tema tadabbur.
About Author
Related Articles
Write a Comment
Only registered users can comment.