Majlis Mesra Kaum bermula pada jam 8.00 pagi dengan persiapan tempat dan gerai jualan oleh pihak urusetia dan NGO-NGO yang terlibat. Pelbagai jenis makanan yang disediakan untuk para tetamu yang hadir antaranya Nasi Ghana, Laksa Thai, Kolo Mee, Bakchang, Angku Kuih, Laksa Sarawak, Kek Lapis, Tapai Beras, Cendol, Capati, Putu Mayam, Celorot, Penyaram, Banh Chenerk dan lain-lain.
Pada majlis ini juga, para tetamu yang hadir dihiburkan dengan persembahan Gendang 24 Musim, Rebana Ubi dan Nyanyian Lagu-lagu Malaysia. Majlis secara rasminya bermula pada jam 10 pagi dengan kehadiran YB Dato’ Panglima Perang, Dato’ Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YB Dato’ Pengarah JAHEAIK merangkap Pengerusi Jameiah Al-Asriah dan seterusnya majlis dirasmikan oleh YB Dato’ Panglima Perang, Dato’ Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud mewakili YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan. Setelah itu, majlis diteruskan dengan cabutan bertuah untuk semua pengunjung yang hadir.

Majlis seterusnya berakhir dengan jamuan mesra kaum dan semua tetamu jemputan serta hadirin hadirat dijemput bersama menjamu selera dengan segala juadah hidangan yang disediakan oleh pihak urusetia
About Author
Write a Comment
Only registered users can comment.