Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) bagi menjalinkan kerjasama penyelidikan dalam meningkatkan kualiti penyampaian dan pentadbiran Islam oleh JAHEAIK di negeri Kelantan.
Secara khususnya, penyelidikan ini adalah berkenaan kesejahteraan masyarakat di negeri Kelantan, berasaskan Pelan Induk Transformasi Ummah (PINTU).
Majlis telah dihadiri oleh Pengarah JAHEAIK, YB Datoโ Hj. Che Mohd Rahim b. Hj. Jusoh dan Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Alumni & Masyarakat UKM, Prof. Datoโ Dr. Imran Ho Abdullah.
Categories:
Arkib Berita
About Author
Write a Comment
Only registered users can comment.