๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐ข๐๐ซ๐๐ก ๐๐ค๐ก๐ฎ๐ฐ๐ฐ๐๐ก ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ฌ๐ฒ๐๐ซ๐๐ค๐๐ญ ๐๐ซ๐๐ง๐ ๐๐ฌ๐ฅ๐ข ๐๐จ๐ฌ ๐๐๐ฅ๐๐ซ ๐.๐ ๐๐๐ก๐ฎ๐ง ๐๐๐๐๐/๐๐๐๐๐

Pada 24-26 Julai 2025 yang lalu, Bahagian Dakwah JAHEAIK, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Masjid Jamek Al-Sultan Ismail Petra Kubang Kerian (Masjid Angkat Pos Balar) telah mengadakan ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐ข๐๐ซ๐๐ก ๐๐ค๐ก๐ฎ๐ฐ๐ฐ๐๐ก ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ฌ๐ฒ๐๐ซ๐๐ค๐๐ญ ๐๐ซ๐๐ง๐ ๐๐ฌ๐ฅ๐ข ๐๐จ๐ฌ ๐๐๐ฅ๐๐ซ ๐.๐ ๐๐๐ก๐ฎ๐ง ๐๐๐๐๐/๐๐๐๐๐๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐ข๐๐ซ๐๐ก ๐๐ค๐ก๐ฎ๐ฐ๐ฐ๐๐ก ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ฌ๐ฒ๐๐ซ๐๐ค๐๐ญ ๐๐ซ๐๐ง๐ ๐๐ฌ๐ฅ๐ข ๐๐จ๐ฌ ๐๐๐ฅ๐๐ซ ๐.๐ ๐๐๐ก๐ฎ๐ง ๐๐๐๐๐/๐๐๐๐๐ di Pos Balar, Gua Musang.
Program ini juga dilaksanakan dengan kerjasama JAKOA, Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang, JAKIM, ABIM, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, dan Sekolah Kebangsaan Pos Balar, Gua Musang.
Antara aktiviti-aktiviti menarik sepanjang program ini dilaksanakan ialah Kuliah Subuh dan Maghrib, Kursus Pengurusan Jenazah secara teori dan praktikal, Solat Fardhu Jumaat, pengislaman, cak rakyat, agihan bakul makanan kepada 231 Ketua Isi Rumah Masyarakat Orang Asli Pos Balar, gotong-royong, acara sukan rakyat seperti bola sepak antara pasukan Masjid angkat Pos Balar iaitu Masjid Jamek Sultan Ismail Petra Kubang Kerian dan pasukan Pos Balar, sepak takraw bulatan, menyumpit, parut ubi, sukaneka kanak-kanak dan tayangan video kepada anak-anak muda Masyarakat Orang Asli Pos Balar. Turut diadakan Pameran Herba dan Barangan Kraftangan Pos Balar bagi memperkenalkan warisan budaya tradisional masyarakat Orang Asli seperti hasil kraftangan dan pengetahuan herba tempatan kepada rombongan yang hadir sempena program tersebut.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YABrs. Dr. Hasnan Bin Hj. Ramli, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan. Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. Ustazah Noorlailawati Bt. Mamat, Timbalan Pengarah (Operasi) JAHEAIK, YBrs. Ustaz Mohd Fadly Bin Mat Jun, Pegawai Kanan Bahagian Dakwah MAIK yang mewakili YABhg. Dato’ Timbalan Yang Dipertua MAIK, Pegawai Dari Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang, wakil JAKIM dan ABIM, YBhg. Encik Osman Bin Anjang, Penghulu Masyarakat Orang Asli Pos Balar dan para pegawai serta urusetia dari JAHEAIK dan MAIK.
Sekalung penghargaan dan terima kasih khasnya kepada MAIK dan Masjid Jamek Al-Sultan Ismail Petra Kubang Kerian (Masjid Angkat Pos Balar) sebagai penganjur bersama program pada kali ini. Terima kasih juga kepada JAKOA, Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang, JAKIM, ABIM, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, Sekolah Kebangsaan Pos Balar, Gua Musang dan Team 4X4 Gua Musang serta semua pihak yang terlibat bersama-sama dalam menjayakan program ini.
Categories:
Arkib Berita
Related Articles
Write a Comment
Only registered users can comment.