Program Sumbangan Pasca Banjir Kepada Non Muslim, Saudara Kita dan Dhuafa’

Bahagian Dakwah,Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dengan kerjasama Pejabat Agama Jajahan Pasir Mas dan Pejabat Agama Jajahan Tumpat telah mengadakan Program Sumbangan Pasca Banjir Kepada Non Muslim, Saudara Kita dan Dhuafa’ pada 22 Januari 2025 (Rabu) di Kampong Banggol Che Wan,Meranti, Pasir Mas.
Program perasmian telah disempurnakan oleh YABrs. Dr. Hasnan Bin Hj. Ramli, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.
Turut hadir dalam program tersebut ialah YBrs. Ustaz Hj. Murthada Bin Abdullah, Ketua Pegawai Agama Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, YBrs. Ustaz Naim Bin Md Ghazali, Pegawai Agama Jajahan Pasir Mas, YBrs. Ustaz Ameer Al Sadat Bin Anuar Al Sadat, Pegawai Dakwah mewakili Pegawai Agama Jajahan Tumpat, para pegawai dan urusetia Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.
Dalam majlis tersebut, seramai 31 penerima terpilih telah menerima sumbangan dalam bentuk bakul makanan dan wang tunai.
Baki seramai 69 orang penerima akan menerima bantuan secara berperingkat yang akan diagihkan oleh Pejabat Agama Jajahan Pasir Mas dan Pejabat Agama Jajahan Tumpat. Jumlah keseluruhan penerima adalah seramai 100 orang.
Related Articles

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐ข๐๐ซ๐๐ก ๐๐ค๐ก๐ฎ๐ฐ๐ฐ๐๐ก ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ฌ๐ฒ๐๐ซ๐๐ค๐๐ญ ๐๐ซ๐๐ง๐ ๐๐ฌ๐ฅ๐ข ๐๐จ๐ฌ ๐๐๐ฅ๐๐ซ ๐.๐ ๐๐๐ก๐ฎ๐ง ๐๐๐๐๐/๐๐๐๐๐
Write a Comment
Only registered users can comment.