Pada 09 RAMADHAN 1446H/ 10 Mac 2025, Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan dengan kerjasama Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Cawangan Kelantan,
International Islamic And Dakwah Centre (IIDAC), Persatuan Muslim India Kelantan, Kelab Kebajikan Baitul Hijrah (KKBH) dan Persatuan Dayak Muslim Malaysia Cawangan Kelantan telah mengadakan Program Sumbangan Beras Kepada Saudara Kita Sempena Ramadhan 1446H/ 2025M.
Program tersebut telah disempurnakan oleh YABrs. Dr. Hasnan Bin Haji Ramli, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan dan turut dihadiri oleh YBrs. Puan Noorlailawati Binti Mamat, Timbalan Pengarah Operasi JAHEAIK, YBrs. Pengerusi- pengerusi Persatuan Saudara Kita, para pegawai dan urusetia Bahagian Dakwah JAHEAIK.
Dalam majlis tersebut sebanyak 230 kapit beras telah diserahkan kepada Pengerusi- pengerusi Persatuan Saudara Kita untuk diagihkan kepada para penerima di kalangan Saudara Kita yang layak.
Sejurus selesai majlis tersebut, Bahagian Dakwah JAHEAIK dengan kerjasama MACMA dan IIDAC memilih 10 buah rumah sekitar Kota Bharu untuk diziarahi dan mengagihkan sumbangan beras kepada para penerima Saudara Kita yang layak.
Baki sebanyak 220 lagi akan diserahkan kepada para penerima Saudara Kita secara berperingkat dan diuruskan oleh Persatuan Saudara Kita masing-masing.
#PenghayatanMembangunBersamaIslam#KelantanSejahteraUntukIslam#Semarak Ramadhan #Dakwah For All #Team Dakwah JAHEAIK
Write a Comment
Only registered users can comment.