Program Mahrajan Amal Islami Muallaf Peringkat Negeri Kelantan 1443H/2022 merupakan program dwi tahunan dan ianya diurusetiakan oleh Bahagian Dakwah JAKIM untuk Mahrajan Peringkat Kebangsaan. Manakala di peringkat negeri pula, ianya diurusetiakan bersama oleh Bahagian Dakwah JAHEAIK dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
Sebanyak lima acara telah dipertandingkan dalam mahrajan kebangsaan kali ini iaitu, Tilawah, Hafazan, Syarahan, Azan dan juga Nasyid. Seramai 11 orang peserta mewakili Negeri Kelantan telah menyertai Mahrajan Peringkat Kebangsaan pada kali ini.
Kelima-lima acara telah dipertandingkan di Mahrajan Peringkat Kebangsaan di mana pada sebelah malam hari khamis, telah berlangsung pertandingan Nasyid dan pada keesokkan paginya, kesemua acara pertandingan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan
Pada sebelah malam pula diadakan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang setiap pertandingan dan ianya telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, YBrs. Ustazah Noorlailawati binti Mamat, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Pegawai-pegawai dari JAHEAIK dan MAIK.
Bagi acara Nasyid, wakil kumpulan daripada Negeri Kelantan berjaya merangkul Tempat Ketiga dengan memenangi hadiah sebanyak RM1,500.00. Majlis telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya mengikut SOP yang telah ditetapkan
About Author
Write a Comment
Only registered users can comment.