PROGRAM CAKNA UKHUWWAH BERSAMA KOMUNITI MASYARAKAT CINA 2025

PROGRAM CAKNA UKHUWWAH BERSAMA KOMUNITI MASYARAKAT CINA 2025

Keharmonian hidup masyarakat pelbagai kaum di Negeri Kelantan yang terdiri daripada Melayu, Cina, India dan Siam terus utuh di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan berteraskan slogan Penghayatan Membangun Bersama Islam.

Sikap menghormati antara satu sama lain walaupun dari pelbagai kaum, bangsa dan agama yang berbeza, tidak menghalang keharmonian dan kesejahteraan hidup rakyat di Negeri Kelantan.

Justeru itu, Bahagian Dakwah JAHEAIK dengan kerjasama Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Cawangan Kelantan dan International Islamic & Dakwah Centre (IIDAC), IPD Kota Bharu dan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu telah berk berjaya melaksanakan Program Cakna Ukhuwwah Bersama Komuniti Masyarakat Cina 2025 pada 29 Syaaban 1446H/ 28 Februari 2025 bertempat di Kampung Chepa, Kota Bharu.

Antara pengisian program ialah:-
1-Ceramah Pencegahan Jenayah & Keselamatan oleh IPD Kota Bharu.
2-Ceramah Gaya Hidup Sihat oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu.
3-Sumbangan bakul makanan dan wang tunai kepada 39 penerima terpilih di kalangan warga emas, OKU dan miskin.
4-Pemeriksaan Kesihatan Percuma dan Pameran Kesihatan.
5-Pameran Keselamatan.
6-Cabutan bertuah.

Program ini telah dirasmikan oleh YABrs. Dr. Hasnan Bin Haji Ramli, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) dan turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Murtadha Bin Haji Abdullah, Ketua Pegawai Agama MAIK, Wakil dari agensi yang terlibat iaitu dari YDH ASP Tuan Mohd Hanafi bin Mohd Yahya, Ketua Cawangan MPV IPD Kota Bharu, YBrs. Dr. Kazarul Akman Bin Kamal, Pegawai Perubatan dan Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu, YBrs. Puan Noorlailawati Binti Mamat,Timbalan Pengarah (Operasi) JAHEAIK, YM Tengku Kamaruddin Bin Tengku Alias, Timbalan Pengarah (Pengurusan) JAHEAIK, YBrs. Dr. Haji Mohd Alwee Bin Yusoff, Ketua Pengelola Dakwah Halaqat Negeri Kelantan, YBrs. Dr. Johari Yap, Pengerusi Persatuan Cina Malaysia (MACMA) Cawangan Kelantan serta Pegawai-pegawai Kanan JAHEAIK.

Sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak dan agensi yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Categories: Arkib Berita

Write a Comment

Only registered users can comment.