๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐™๐ข๐š๐ซ๐š๐ก ๐”๐ค๐ก๐ฎ๐ฐ๐ฐ๐š๐ก ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐Œ๐š๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ค๐š๐ญ ๐Ž๐ซ๐š๐ง๐  ๐€๐ฌ๐ฅ๐ข ๐๐จ๐ฌ ๐๐š๐ฌ๐ข๐ค ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ”๐‡/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐™๐ข๐š๐ซ๐š๐ก ๐”๐ค๐ก๐ฎ๐ฐ๐ฐ๐š๐ก ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐Œ๐š๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ค๐š๐ญ ๐Ž๐ซ๐š๐ง๐  ๐€๐ฌ๐ฅ๐ข ๐๐จ๐ฌ ๐๐š๐ฌ๐ข๐ค ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ”๐‡/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’

Program Ziarah Ukhuwwah Bersama Masyarakat Orang Asli Pos Pasik Tahun 1446H/2024 telah diadakan pada 16-18 Julai 2024. Program ini bermula dengan rombongan Urusetia bertolak dari JAHEAIK ke Pos Pasik, Gua Musang.

Rombongan Urusetia tiba di Pos Pasik pada jam 4.00 petang dan melakukan persiapan awal bagi program tazkirah dan tayangan perdana pada malam hari. Sesi tazkirah disampaikan oleh Ybrs. Ustaz Wan Hanif bin Wan Md Zin, Muallim menceritakan serba sedikit berkaitan ilmu fardu ain dan keadaan persekitaran Pos Pasik. Kemudian, program ziarah diteruskan dengan sesi tayangan perdana kepada masyarakat Orang Asli sekitar Pos Pasik.

Pada hari kedua Program Ziarah Ukhuwwah Bersama Masyarakat Orang Asli Pos Pasik Tahun 1446H/2024 dimulakan dengan acara sukaneka bersama pihak Sekolah Rendah Sri Permai JHEOA, Gua Musang. Sesi sukaneka disambut meriah oleh penduduk dan anak pelajar Sekolah Rendah Sri Permai. Sesi kedua diteruskan dengan jemputan daripada pihak sekolah bagi menyertai Program PIBG sekolah bagi mendalami isu-isu semasa bersama masyarakat Orang Asli. Pada sesi malam program ziarah, program diteruskan lagi dengan sesi tazkirah oleh wakil orang Islam daripada penduduk masayarakat Orang Asli dan diteruskan lagi dengan sesi penyerahan Bakul Makanan kepada Penghulu Masyarakat Orang Asli untuk diagihkan kepada masyarakat Orang Asli serami 220 KIR. Sesi malam berakhir dengan sesi jamuan makan malam bersama masyarakat Islam Orang Asli. ย ย 

Hari terakhir Program Ziarah Ukhuwwah Bersama Masyarakat Orang Asli Pos Pasik Tahun 1446H/2024 diakhiri dengan sesi ziarah masyarakat Orang Asli di sekitar Pos Pasik dan menyerahan anak benih pokok durian kepada orang utama di Pos Pasik. Pada jam 12.00 tengah hari rombongan Urusetia mula bertolak pulang ke Persiaran Kompleks Balai Islam, Lundang.

#ziarahukhuwwah#dakwahjaheik

Categories: Arkib Berita

About Author

Write a Comment

Only registered users can comment.