๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Alhamdulillah, Kerajaan Negeri Kelantan melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Masjid Jamek Muhammadi telah mengadakan Majlis Solat Hajat Memohon Keselamatan Daripada Bencana Banjir pada Hari Isnin 18 Rabiul Akhir 1446H bersamaan 21 Oktober 2024M bertempat di Masjid Jamek Muhammadi, Kota Bharu.
Majlis ini diadakan sebagai salah satu usaha untuk memohon keselamatan dan perlindungan Allah SWT daripada bencana banjir yang dijangka berlaku sempena musim tengkujuh yang bakal tiba.Majlis dimulakan dengan Ucapan Amanat Khas oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan, Yang Berhormat Ustaz Mohd Asri bin Mat Daud.
Seterusnya, Solat Sunat Hajat telah diimamkan oleh Yang Berhormat Sahibul Fadhilah Datoโ Hj. Nik Abdul Kadir bin Nik Mohamad, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Masjid Jamek Muhammadi, Kota Bharu. #solatsunathajat#mohonkeselamatan#musimtengkujuh
Related Articles
๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐ข๐๐ซ๐๐ก ๐๐ค๐ก๐ฎ๐ฐ๐ฐ๐๐ก ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ฌ๐ฒ๐๐ซ๐๐ค๐๐ญ ๐๐ซ๐๐ง๐ ๐๐ฌ๐ฅ๐ข ๐๐จ๐ฌ ๐๐๐ฅ๐๐ซ ๐.๐ ๐๐๐ก๐ฎ๐ง ๐๐๐๐๐/๐๐๐๐๐
Write a Comment
Only registered users can comment.








