๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐ƒ๐€๐Š๐–๐€๐‡ ๐Š๐‘๐„๐€๐“๐ˆ๐… โ€œ๐ƒ๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐ˆ๐๐ƒ๐€ ๐Š๐„ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐’๐Ž๐’๐ˆ๐€๐‹โ€ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ”๐‡ / ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“๐Œ

๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐ƒ๐€๐Š๐–๐€๐‡ ๐Š๐‘๐„๐€๐“๐ˆ๐… โ€œ๐ƒ๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐ˆ๐๐ƒ๐€ ๐Š๐„ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐’๐Ž๐’๐ˆ๐€๐‹โ€ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ”๐‡ / ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“๐Œ

Alhamdulillah, pada 11 Jun 2025 M/14 Zulhijjah 1446H ( Rabu), Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan telah berjaya menganjurkan Kursus Dakwah Kreatif โ€œDari Minda Ke Media Sosialโ€ bagi Tahun 1446H / 2025M bertempat di Hotel Perdana, Kota Bharu.

Kursus ini diadakan sebagai salah satu usaha memperkasa pendekatan dakwah melalui medium digital dan media sosial secara lebih berkesan dan kontemporari.

Pengisian slot pertama oleh panel jemputan Team Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu, Alfadhil Ustaz Nik Mohd Afiff Azhan (Imam Tua 2 Masjid Jamek Muhammadi).

Turut bersama Ustaz Muhammad Majdi(Pembantu Multimedia Masjid Jamek Muhammadi) dan Ustaz Mohamad Aiman Fitri( Bilal Masjid Jamek Muhammadi)

Kursus ini dilengkapkan lagi melalui perkongsian oleh Saudara Que Yahaya ( Photoplays Production)

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YABrs Dr. Hasnan bin Haji RamliPengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan

Semoga penganjuran kursus ini dapat memberi manfaat besar dalam memperkukuh strategi dakwah yang lebih kreatif, inovatif dan mendekati masyarakat secara berkesan dalam era digital ini.

#DakwahKreatif2025#DariMindaKeMediaSosial#DakwahEraDigital2025

Categories: Arkib Berita

Write a Comment

Only registered users can comment.