Bahagian Dakwah JAHEAIK dengan kerjasama Malaysian Chnese Muslim Association (MACMA) telah melaksanakan Program Ziarah Mahabbah Non Muslim Sempena Chinese New Year pada 15 Februari 2021.
Pelancaran program disempurnakan oleh YB Dato’ Pengarah JAHEAIK dengan menyerahkan bakul makanan kepada Naib Presiden MACMA Malaysia merangkap Pengerusi MACMA Kelantan, Dr. Johari Yap sebagai simbolik pengagihan kepada keluarga Non Muslim yang terpilih di sekitar bandar Kota Bharu.
Turut hadir adalah KPP Dakwah JAHEAIK, pegawai-pegawai Bahagian Dakwah JAHEAIK serta wakil daripada MACMA Kelantan.
Sumber: FBDakwah
Categories:
Arkib Berita
About Author
Related Articles
Write a Comment
Only registered users can comment.