PERMOHONAN MEMELUK ISLAM
1 : PROSEDUR ---> 2 : ISI PERMOHONAN ---> 3 : SELESAI
Syarat-Syarat Permohonan
- Mengucap dua kalimah syahadah.
- Pengucapan dua kalimah syahadah dengan kerelaan hati individu itu.
- Berakal (berfikiran waras).
- Mencapai umur 18 tahun.
- Individu yang berumur kurang dari 18 tahun perlu mendapat keizinan pemelukan agama Islam daripada ibu dan bapa melalui suatu surat keizinan.
Peringatan
Selepas membuat permohonan, anda perlu hadir ke mana-mana pejabat agama jajahan seluruh Negeri Kelantan bagi mendapatkan surat pengesahan memeluk Islam bersama-sama dengan dokumen sokongan :
- Salinan Kad Pengenalan / Sijil Lahir / Pasport
- Gambar berukuran pasport
- Saksi
Seterusnya anda perlu ke Unit Dakwah MAIK, untuk pengesahan dan pengeluaran kad Islam
Bantuan Keraian Saudara Kita
Selepas sebulan daripada tarikh pendaftaran, bantuan keraian akan diberi sebanyak RM 400.00 dalam bentuk cek dibatalpalang kepada semua saudara kita yang berdaftar dengan MAIK