Pengenalan

Unit Ukhuwwah, Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan telah memperkenal Sistem e-Ukhuwah sebagai sebahagian daripada Sistem e-Dakwah untuk menyimpan maklumat pengislaman di peringkat jabatan agama. e-Ukhuwah merupakan pembaharuan dalam usaha memenuhi keperluan semasa jabatan.

Antara ciri-ciri baru yang diperkenalkan untuk capaian awam adalah seperti permohonan secara online untuk muallaf yang berminat mengenali Islam dengan lebih lanjut, semakan pendaftaran pengislaman dan juga memaparkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan prosedur dan panduan memeluk Islam.