Ayat 196: Allah suruh kita bergantung harap dengan Dia sahaja, jangan berharap kepada selain dariNya.
إِنَّ وَلِيِّيَ اللَّهُ الَّذي نَزَّلَ الكِتابَ ۖ وَهُوَ يَتَوَلَّى الصّالِحينَ
“Sesungguhnya pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan kitab (Al-Quran), dan Dia lah jua yang menolong dan memelihara orang-orang yang berbuat kebaikan”
إِنَّ وَلِيِّيَ اللَّهُ الَّذي نَزَّلَ الكِتابَ
“Sesungguhnya pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan kitab (Al-Quran),
Wali kita yang sebenar adalah Allah. Maka dalam setiap perkara, kita hendaklah meletakkan pengharapan kepada Allah, terutama sekali dalam perkara luar asbab (perkara yang hanya Allah boleh lakukan. Sebagai contoh: penyembuhan penyakit).
Kalau perkara luar asbab (tolong angkat barang), maka bolehlah untuk kita meminta tolong kepada makhluk lain, cuma kita tidak boleh juga bergantung harap sepenuhnya dengan makhluk. Kerana makhluk tidak boleh melakukan apa-apa tanpa izin dari Allah.
Ini adalah sambungan kata-kata yang Allah suruh Rasulullah sebut: Allah-lah yang melindungiku dan memberikan kecukupan kepadaku, Dialah yang menolongku, hanya kepada-Nya aku bertawakal, dan hanya kepada-Nya aku berlindung, Dia adalah Pelindungku di dunia dan akhirat. Dia adalah Pelindung semua orang yang saleh sesudahku.
Allah telah menurunkan Qur’an dan telah memperjelaskan segala perkara tentang agama yang kita perlu faham. Maka hendaklah kita mempelajari tafsir Qur’an untuk memahami Qur’an itu.
وَهُوَ يَتَوَلَّى الصّالِحينَ
dan Dia lah jua yang menolong dan memelihara orang-orang yang berbuat kebaikan”
Allah bukan sahaja menjaga Nabi Muhammad sahaja, tapi Dia juga menjaga orang soleh yang lain. Maka kalau kita mahukan pertolongan dari Allah maka hendaklah kita menjadi insan yang Soleh. Jadi kita kenalah berharap kepada Allah sahaja.
About Author
Write a Comment
Only registered users can comment.