๐Ÿ”– Siri 28: Amalkan Sunnah&Jauhi Bida’ah
Kategori: Renungan Hadis
Keterangan:

โ—Renungan Hadis Hari Iniโ—

๐Ÿ•Œ Hadis adalah pedoman hidup kita yang kedua setelah Al-Quran. Hadis juga merupakan baik teladan yang telah diucapkan dan dicontohkan oleh Rasulullah SAW untuk kita umat Islam jadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian.

๐Ÿ•Œ Semoga hidup kita akan membuat menjadi lebih tenang dan diberkati. Insya Allah..๐Ÿคฒ
ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู†ูŽุฌููŠู’ุญู ุงู„ุนูุฑู’ุจูŽุงุถู ุจู’ู†ู ุณูŽุงุฑููŠูŽุฉูŽ ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰ ุนูŽู†ู’ู‡ู ู‚ุงูŽู„ูŽ : ูˆูŽุนูŽุธูŽู†ูŽุง ุฑูŽุณููˆู’ู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุขู„ูู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ ู…ูŽูˆู’ุนูุธู‹ุฉู‹ ูˆูŽุฌูู„ูŽุชู’ ู…ูู†ู’ู‡ูŽุง ุงู„ู‚ูู„ููˆู’ุจู ูˆูŽุฐูŽุฑูŽููŽุชู’ ู…ูู†ู’ู‡ูŽุง ุงู„ุนููŠููˆู’ู†ู ููŽู‚ูู„ู’ู†ูŽุง : ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู’ู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ูƒูŽุฃูŽู†ูŽู‘ู‡ูŽุง ู…ูŽูˆู’ุนูุธูŽุฉู‹ ู…ููˆูŽุฏูู‘ุนู ููŽุฃูŽูˆู’ุตูู†ูŽุง ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฃููˆู’ุตููŠู’ูƒูู…ู’ ุจูุชูŽู‚ู’ูˆูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽุฒูŽู‘ ูˆูŽ ุฌูŽู„ูŽู‘ ูˆูŽุงู„ุณูŽู‘ู…ู’ุนู ูˆูŽุงู„ุทูŽู‘ุงุนูŽุฉู ูˆูŽุฅูู†ู’ ุชูŽุฃูŽู…ูŽู‘ุฑูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ุนูŽุจู’ุฏูŒ ููŽุฅูู†ูŽู‘ู‡ู ู…ูŽู†ู’ ูŠูŽุนูุดู’ ู…ูู†ู’ูƒูู…ู’ ููŽุณูŽูŠูŽุฑูŽูŠ ุงุฎู’ุชูู„ุงูŽูู‹ุง ูƒูŽุซููŠู’ุฑู‹ุง ููŽุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ุจูุณูู†ูŽู‘ุชููŠ ูˆูŽุณูู†ูŽู‘ุฉู ุงู„ุฎูู„ูŽููŽุงุกู ุงู„ุฑูŽู‘ุงุดูุฏููŠู’ู†ูŽ ุงู„ู…ูŽู‡ู’ุฏููŠูู‘ูŠู’ู†ูŽ ุนูŽุถูู‘ูˆุง ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูŽุง ุจูุงู„ู†ูŽู‘ูˆูŽุงุฌูุฐู ูˆูŽุฅููŠูŽู‘ุงูƒูู…ู’ ูˆูŽู…ูุญู’ุฏูŽุซูŽุงุชู ุงู„ุฃูู…ููˆู’ุฑู ููŽุฅูู†ูŽู‘ ูƒูู„ูŽู‘ ุจูุฏู’ุนูŽุฉู ุถูŽู„ุงูŽู„ูŽุฉูŒ – ุฑูŽูˆูŽุงู‡ู ุฃูŽุจููˆู’ ุฏูŽุงูˆูุฏูŽ ูˆูŽุงู„ุชูู‘ุฑู’ู…ูุฐููŠูู‘ ูˆูŽู‚ูŽุงู„ูŽ : ุญูŽุฏููŠู’ุซูŒ ุญูŽุณูŽู†ูŒ ุตูŽุญููŠู’ุญูŒ

Daripada Abu Najih Al-Irbad Bin Sariah R.A berkata: Maksudnya: Rasulullah S.A.W menasihati kami dengan nasihat perpisahan yang menggetarkan hati dan membuatkan air mata jatuh bercucuran. Kami bertanya: โ€œWahai Rasulullah, nasihat itu seakan-akan nasihat yang terakhir, oleh itu berilah kami wasiat.โ€ Nabi S.A.W bersabda: โ€œSaya memberi wasiat kepadamu agar tetap bertaqwa kepada Allah โ€˜Azza Wa Jalla, mendengar dan taat walaupun yang mempertahankanmu adalah seorang hamba. Sesungguhnya, sesiapa antara kamu masih hidup nescaya bakal menyaksikan banyak perselisihan. Kerana itu, berpegang teguhlah kepada sunnahku dan sunnah Khulafa’ Ar-Rasyidin yang lurus. Dan berpeganglah kepada sunnah-sunnah itu dengan kuat dan jauhilah olehmu akan hal-hal baharu yang diada-adakan (bida’ah) kerana sesungguhnya semua bida’ah itu sesat. (Hadis Riwayat Abu Daud & Al-Tirmizi)

๐Ÿ•Œ Kandungan Hadis :

๐Ÿ€Di dalam hadis ini Rasulullah S.A.W telah memberi nasihat yang penting iaitu:

โ—ย Bertaqwa kepada Allah S.W.T.
โ—ย Dengar dan taat kepada pemimpinย (selagi tidak ke arah maksiat).
โ—ย Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah S.A.W dan khulafa’ Ar-Rasyidin.
โ—ย Jauhi perkara-perkara bida’ah di dalam agama.

๐Ÿ•Œ Pengajaran:

๐Ÿ€ Nasihat yang paling utama dalam kehidupan adalah agar kita sentiasa bertaqwa kepada Allah S.W.T sepanjang masa.

๐Ÿ€ Kita hendaklah sentiasa patuh dan taat kepada pemimpin Islam dikalangan kita selagi mana ianya tidak membawa ke arah kemaksiatan dan dosa.

๐Ÿ€ Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah S.A.Wย dan para khulafa’ Ar-Rasyidin agar kita sentiasa selamat dan terhindar dari perselisihan dan persengketaan.

๐Ÿ€ Hendaklah kita menjauhi dari melakukan perkara-perkara bida’ah iaitu perkara baru yang diada-adakan di dalam agama yang tidak ada sandaran dalil yang jelas samada dari Al-Quran dan hadis Nabi S.A.W.

#Sama-sama kita hayati dan amalkan
๐Ÿ“šRujukan Hadis 40

<< Back