Siri Khas : Surah Al-Hajj (22 :Ayat 28 ) Seruan Ibadah Haji & Ibadah Korban Kepada Umat Islam Seluruh Dunia
Kategori: Tadabbur Al-Quran
Keterangan:

❗Jomm Mari Pakat Bertadabbur❗

🔖Siri Khas : -Surah Al-Hajj (22 :Ayat 28 )- 🍁Seruan Ibadah Haji & Ibadah Korban Kepada Umat Islam Seluruh Dunia🍁

🕋 Setiap kali kita mentadabbur ayat Al-Quran pasti kita akan mempelajari hikmah, nasihat dan pengajaran yang begitu banyak . Segala peringatan yang Allah SWT sebut di dalam Al-Quran sewajarnya menjadi pegangan dan ingatan buat diri kita setiap hari.

🕋 Mulakanlah hari kita dengan membaca Al-Quran walaupun dengan hanya sepotong ayat. Lama-kelamaan kita pasti menjadi orang yang mencintai Al-Quran.💕..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

لِّیَشۡهَدُوا۟ مَنَـٰفِعَ لَهُمۡ وَیَذۡكُرُوا۟ ٱسۡمَ ٱللَّهِ فِیۤ أَیَّامࣲ مَّعۡلُومَـٰتٍ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّنۢ بَهِیمَةِ ٱلۡأَنۡعَـٰمِۖ فَكُلُوا۟ مِنۡهَا وَأَطۡعِمُوا۟ ٱلۡبَاۤىِٕسَ ٱلۡفَقِیرَ ﴿ ٢٨ ﴾

“Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin. ”
(Surah Al-Hajj ayat : 28)

🕋 KANDUNGAN AYAT

🍁 Allah S.W.T menyebut di dalam ayat ini manfaat-manfaat yang akan diperolehi bagi mereka yang mengerjakan ibadat haji dan menggalakkan kepada para hambaNya untuk memperbanyakkan mengingatiNya pada hari-hari tertentu (iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah).

🕋 PENGAJARAN

🍁Mereka yang mengerjakan ibadat haji akan memperoleh pelbagai manfaat, sama ada manfaat yang berbentuk duniawi dan juga ukhrawi.

🍁 Manfaat-manfaat tersebut disebut secara umum oleh Allah S.W.T. Antara manfaat yang berbentuk duniawi ialah dari aspek ekonomi dan sosial.

🍁 Manfaat dalam bentuk ukhrawi pula ialah dari aspek spiritual dan peningkatan keimanan seseorang melalui kerja-kerja haji yang dilaksanakan seperti ibadat tawaf, saie, wukuf dan lain-lain.

🍁 Sebagai tanda bersyukur kepada segala nikmat Allah S.W.T termasuklah dalam melaksanakan ibadat korban, maka kita diperintahkan untuk memperbanyakkan takbir dan mengingatiNya.

🍁Daging-daging haiwan korban tersebut hendaklah diagihkan kepada orang-orang yang memerlukan termasuk golongan fakir dan miskin, jiran tetangga dan saudara-mara dan boleh diambil sebahagiannya untuk diri sendiri (tidak melebihi 1/3).

#BacaAl-Quran
#FahamiAl-Quran
#AmalkanAl-Quran

📚Rujukan : Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

<< Back