❗Renungan Hadis Hari Ini❗
🔖Siri 9: Perintah & Larangan Allah SWT 🍀
🕌Hadis adalah pedoman hidup kita yang kedua setelah Al-Quran. Hadis juga merupakan baik teladan yang telah di ucapkan dan dicontohkan oleh Rasulullah SAW untuk kita umat Islam jadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian.
🕌Semoga hidup kita akan membuat menjadi lebih tenang dan diberkati. Insya Allah..🤲
عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنِ صَخْرٍ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ یَقُوْلُ : مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَاجْتَنِبُوْهُ وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ فَإِنَّما أَهْلَكَ الَّذِیْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ كثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ وَاخْتِلاَفُهُمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ
Dari Abu Hurayrah ‘Abdul Rahman bin Sakhr radiyallahu ‘anh katanya: Aku dengar Rasulullah sallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: Apa aku tegahkan kamu daripadanya maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa yang aku perintahkan kamu dengannya maka hendaklah kamu kerjakan daripadanya barang yang kamu kuasa. Sesungguhnya telah binasa orang-orang sebelum kamu oleh kerana banyak segala pertanyaan mereka dan perselisihan mereka terhadap nabi-nabi mereka. (HR Bukhari & Muslim).
🕌 Kandungan Hadis :
☘️Nabi S.A.W mengingatkan kita agar sentiasa mematuhi & menjauhi segala perkara yang ditegah oleh agama.
☘️Nabi S.A.W juga memerintahkan agar kita melaksanakan segala tuntutan yang disyariatkan oleh Allah S.W.T dengan sepenuh kepatuhan mengikut kadar kemampuan kita.
☘️Rasulullah S.A.W menjelaskan sebab kebinasaan orang-orang terdahulu kerana banyak pertanyaan mereka pada perkara yang sia-sia, yang direka-reka sebagai tanda bantahan terhadap perintah yang diminta untuk mereka kerjakan.
🕌2. Pengajaran Hadis:
☘️Semua yang dilarang oleh Allah S.W.T & Rasulullah S.A.W ialah segala rupa bentuk maksiat & kejahatan sama ada yang berhubungan dengan diri, masyarakat & lainnya.
☘️Semua yang diperintahkan oleh Allah S.W.T & Rasulullah S.A.W mencakupi seluruh aspek kehidupan mestilah dilaksanakan dengan kadar kemampuan yang ada, tanpa bantahan atau dengan bermacam-macam alasan untuk tidak melaksanakannya.
☘️Larangan banyak bertanya:
i. Pada perkara yang tidak dijelaskan oleh syara’.
ii. Pada perkara yang tidak mendatangkan faedah.
iii. Pada pertanyaan berbentuk mempersendakan atau menghina.
🍃 اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد ٍ🍃
#Jom sama² kita hayati dan amalkan
📚 Rujukan Hadis 40