❗Renungan Hadis Hari Ini❗
🔖Siri 8: Kehormatan Seorang Muslim
🕌Hadis adalah pedoman hidup kita yang kedua setelah Al-Quran. Hadis juga merupakan baik teladan yang telah di ucapkan dan dicontohkan oleh Rasulullah SAW untuk kita umat Islam jadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian.
🕌Semoga hidup kita akan membuat menjadi lebih tenang dan diberkati. Insya Allah..🤲
عَنِ ابْنِ عُمَر رَضِيَ الله عَنْهُمَا، أَنَّ رَسُوْلَ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى یَشْهَدُوا أَنْ لا إِلَهَ إِلاَّ الله، وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ، وَیُقِيْمُوا الصَّلاةَ، وَیُؤْ تُـوا الزَّكاةَ. فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ إِلاَّ بِحَقِّ الإِسْلاَمِ، وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللهِ تعالى
Daripada lbnu ‘Umar r.a bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka naik saksi bahawa sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad utusan Allah, sehingga mereka mendirikan sembahyang dan membayar zakat. Apabila mereka telah berbuat demikian, maka mereka telah memelihara darah mereka dan harta mereka daripada aku, melainkan dengan hak lslam, dan hisab perhitungan amal mereka terserah kepada Allah S.W.T. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
🕌Kandungan Hadis
🫐Hadis ini mengajarkan tentang dua tujuan utama dakwah Islam, yakni aqidah dan syariah.
🫐Metode utama dakwah adalah secara berhikmah dan bukan paksaan.
🫐Hadis ini menegaskan tentang kehormatan dan hak seseorang yang sudah bersyahadah, solat, dan zakat.
🕌 Pengajaran
🫐Apabila seorang Muslim telah melaksanakan 3 perkara iaitu syahadah, solat & zakat, mereka telah mendapat keselamatan dan keamanan terhadap diri dan harta mereka.
🫐Sekiranya mereka melakukan perkara-perkara larangan seperti membunuh, mereka akan dihukum bunuh (hukuman qisas) mengikut hak dan prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Islam.
🫐Menghukum seseorang itu adalah berdasarkan perbuatan zahirnya, apa yang tersimpan dihatinya diserahkan urusannya kepada Allah S.W.T.
🫐Kita harus berwaspada dalam menjatuhkan sesuatu hukuman yang menghalalkan darah dan harta seseorang Muslim tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak.
🍃 اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد ٍ🍃
#Jom sama² kita hayati dan amalkan
📚 Rujukan Hadis 40