Siri 6 : Surah an-Nisaa'(4: Ayat 86)
Kategori: Tadabbur Al-Quran
Keterangan:

❗Jomm Mari Pakat Bertadabbur❗

🔖Siri 6 : Surah an-Nisaa'(4: Ayat 86)
“Kelebihan Salam Sesama Insan.” 🤝🏻

🕋 Setiap kali kita mentadabbur ayat Al-Quran pasti kita akan mempelajari hikmah, nasihat dan pengajaran yang begitu banyak . Segala peringatan yang Allah SWT sebut di dalam Al-Quran sewajarnya menjadi pegangan dan ingatan buat diri kita setiap hari.

🕋 Mulakanlah hari kita dengan membaca Al-Quran walaupun dengan hanya sepotong ayat. Lama-kelamaan kita pasti menjadi orang yang mencintai Al-Quran.💕..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

‎وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا۟ بِأَحْسَنَ مِنْهَآ أَوْ رُدُّوهَآ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ حَسِيبًا

” Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.”
-Surah an-Nisaa’ Ayat : 86

🕋 Kelebihan Memberi Salam

🟤 Antara sunnah Rasulullah SAW yang paling disukai.
🟤 Antara amalan yang terbaik dan mudah untuk dilakukan.
🟤 Sebagai salah satu jalan untuk masuk ke syurga sebagaimana disebut oleh Rasulullah S.A.W yang bermaksud : ” Kamu tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman, kamu tidak akan benar-benar beriman sehinggalah kamu semua saling menyayangi. Mahukah kamu kalau aku tunjukkan sesuatu jika kamu melakukannya tentu kamu semua akan saling mengasihi? Sebarkanlah salam antara kamu. ” (Hadis riwayat Muslim).

🕋 Pengajaran

🟤 Salam ialah ucapan penghormatan yang ditujukan kepada sesama insan sama ada yang dikenali ataupun tidak dikenali.
🟤 Berilah salam ketika berjumpa, memulakan atau mengakhiri perbualan atau pertemuan dan sebagainya.
🟤 Memulakan salam adalah sunnah yang disukai, menjawab salam adalah wajib.
🟤 Menjawab salam dengan lafaz yang sama atau yang lebih baik. Contoh : السلام عليكم dijawab وعليكم السلام atau dijawab dengan lafaz yang lebih baik iaitu وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

#BacaAl-Quran
#FahamiAl-Quran
#AmalkanAl-Quran

<< Back