โRenungan Hadis Hari Iniโ
๐Siri 6: Halal dan Haram Dalam Kehidupan
๐Hadis adalah pedoman hidup kita yang kedua setelah Al-Quran. Hadis juga merupakan baik teladan yang telah di ucapkan dan dicontohkan oleh Rasulullah SAW untuk kita umat Islam jadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian.
๐Semoga hidup kita akan membuat menjadi lebih tenang dan diberkati. Insya Allah.๐คฒ
ุนููู ุฃูุจูู ุนูุจูุฏู ุงูููููู ุงููููุนูู ูุงูู ุจููู ุจูุดููุฑู ุฑูุถููู ุงูููููู ุนูููููู ูุง ููุงูู: ุณูู ูุนูุชู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ู ููููููู: ุฅูููู ุงููุญููุงููู ุจูููููู ูู ุฅูููู ุงููุญูุฑูุงู ู ุจูููููู ูู ุจูููููููู ูุง ุฃูู ููุฑู ู ูุดูุชูุจูููุงุชู ูุง ููุนูููู ูููููู ููุซููุฑู ู ููู ุงููููุงุณูุ ููู ููู ุงุชููููู ุงูุดููุจูููุงุชู ููููุฏู ุงุณูุชูุจูุฑูุฃู ููุฏูููููู ูู ุนูุฑูุถูููุ ูู ู ููู ููููุนู ููู ุงูุดููุจูููุงุชู ููููุนู ููู ุงููุญูุฑูุงู ูุ ููุงูุฑููุงุนูู ููุฑูุนูู ุญููููู ุงููุญูู ูู ูููุดููู ุฃููู ููุฑูุชูุนู ูููููุ ุฃููุงู ููุฅูููู ููููููู ู ููููู ุญูู ูู ุฃููุงู ูู ุฅูููู ุญูู ูู ุงูููููู ู ูุญูุงุฑูู ูููุ ุฃููุงู ููุฅูููู ููู ุงููุฌูุณูุฏู ู ูุถูุบูุฉู ุฅูุฐูุง ุตูููุญูุชู ุตูููุญู ุงููุฌูุณูุฏู ููููููู ููุฅูุฐูุง ููุณูุฏูุชู ููุณูุฏู ุงููุฌูุณูุฏู ูููููููุ ุฃููุงู ูู ูููู ุงููููููุจู
Daripada Abu Abdullah Al-Nu’man bin Basyir r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya yang halal itu nyata (terang) dan yang haram itu pun nyata (terang) dan di antara keduanya ada perkara-perkara yang kesamaran, yang tidak diketahuinya oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya dari) segala yang kesamaran, sesungguhnya ia memelihara bagi agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran jatuhlah ia kedalam yang haram seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.
๐Kandungan Hadis:
๐ดPerkara yang halal dan haram adalah perkara yang jelas dan nyata.
๐ดDiantara keduanya terdapat perkara-perkara syubhat iaitu kesamaran yang menjadi keraguan status samada halal atau haram.
๐ดBanyak melakukan perkara-perkara syubhat akan menyebabkan seseorang terjerumus untuk melakukan perbuatan haram.
๐ดBaiknya amal perbuatan anggota badan merupakan petanda baiknya hati.
๐ Pengajaran:
๐ดAntara sifat orang yang warak dan bertaqwa ialah orang yang menjaga dirinya dari terlibat dengan perkara-perkara syubhat dan meragukan.
๐ดHati yang baik ialah hati yang sentiasa ingat kepada kebesaran Allah S.W.T, mematuhi perintahNya, meninggalkan laranganNya dan menjauhi daripada perkara-perkara syubhat.
๐ดSentiasalah memelihara hati dari dikuasai sifat-sifat keji dengan menyucikannya melalui zikrullah dan istighfar.
ุงูููููููู ูู ุตูููู ูุนูู ุณูุฏูุง ู ูุญูู ููุฏู ูู ุนูููู ุขูู ุณูุฏูุง ู ูุญูู ููุฏู
#Jom samaยฒ kita hayati dan amalkan
๐ Rujukan Hadis 40