Siri 5: Perbuatan Bid’ah Tertolak
Kategori: Renungan Hadis
Keterangan:

❗Renungan Hadis Hari Ini❗
🔖 Siri 5: Perbuatan Bid’ah Tertolak

🕌Hadis adalah pedoman hidup kita yang kedua setelah Al-Quran. Hadis juga merupakan baik teladan yang telah di ucapkan dan dicontohkan oleh Rasulullah SAW untuk kita umat Islam jadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian.

🕌Semoga hidup kita akan membuat menjadi lebih tenang dan diberkati. Insya Allah.🤲

‎عَنْ أُمِّ المُؤْمِنِيْنَ أُمِّ عَبْدِ اللهِ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم :  مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ  . رواه البخاري ومسلم وفي روایة لمسلم : مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَليهُ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ

Dari Umm al-Mu’minin (Ibu sekelian orang-orang Mu’min) iaitu Umm ‘Abdullah ‘Aisyah (radiyallahu ‘anha) katanya: Rasulullah (sallahu ‘alayhi wa sallam) bersabda: Barangsiapa mengada-adakan dalam urusan (agama) kami ini suatu pekerjaan yang tiada daripadanya, maka (yang diada-adakan) itu tertolak. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dan dalam riwayat Muslim: Barangsiapa mengerjakan suatu pekerjaan yang tiada di atasnya urusan kami, maka ia tertolak. (HR Bukhari & Muslim)

🕌Kandungan Hadis :

✒️ Setiap perbuatan ibadah yang tidak bersandar pada dalil syar’i ditolak dari pelakunya.
✒️ Larangan daripada perbuatan bid’ah yang buruk berdasarkan syariat.
✒️ Islam adalah agama yang berasaskan ittiba’ (mengikuti berdasarkan sunnah Rasulullah S.A.W) bukan ibtida’ (mengadakan sesuatu tanpa dalil) dan Rasulullah S.A.W telah berusaha menjaganya dari sikap yang berlebih-lebihan.
✒️ Agama Islam adalah agama sempurna dan telah lengkap.

🕌 Pengajaran Hadis :

✒️ Islam adalah agama yang sempurna dasar dan prinsipnya.
✒️ Bid’ah bermaksud perkara yang tidak berdasarkan usul agama. Contohnya : mereka cipta cara beribadat tertentu.
✒️ Tokok tambah, ubah suai atau pengurangan yang bertentangan dengan agama adalah bid’ah yang diharamkan, ditolak dan sesat.
✒️ Perbuatan bid’ah boleh membawa kehancuran diri dan agama.
✒️ Cukuplah seorang muslim itu berpegang teguh dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW demi menjamin kesejahteraan agamanya.

#Jom sama² kita hayati dan amalkan
📚Rujukan Hadis 40

<< Back