❗Renungan Hadis Hari Ini❗
🔖 Siri 4: Peringkat Kejadian Manusia
🕌Hadis adalah pedoman hidup kita yang kedua setelah Al-Quran. Hadis juga merupakan baik teladan yang telah di ucapkan dan dicontohkan oleh Rasulullah SAW untuk kita umat Islam jadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian.
🕌Semoga hidup kita akan membuat menjadi lebih tenang dan diberkati. Insya Allah.🤲
عَنْ أَبي عَبْدِ الرحمنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ الله صلَّى الله عليهِ وسَلَّمَ وهو الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: إِنَّ أَحَدَكُمْ یُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ یَوْمًا نُطْفَةً، ثُمَّ یَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْهِ الرُّوْحَ وَیُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إلهَ غَيْرُهُ إِنَّ أحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنـَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا.
Daripada Abu Abdul Al-Rahman Abdullah bin Mas’ud R.A katanya: Telah menceritakan kepada kami oleh Rasulullah S.A.W dan ia benar lagi dibenarkan, sesungguhnya salah seorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari air mani, kemudian menjadi segumpal darah seperti yang demikian itu, kemudian jadi seketul daging seperti yang demikian itu juga, iaitu 40 hari, kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh padanya dan diperintahkannya menulis empat kalimat, iaitu rezekinya dan umurnya dan amalnya dan celakanya atau bahagianya. Maka demi Allah yang tidak ada Tuhan selainnya, sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan dengan ‘amal ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara syurga melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu ia pun mengerjakan dengan ‘amal ahli neraka, maka masuklah ia ke dalamnya. Dan sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan dengan ‘amal ahli neraka sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara neraka melainkan sehasta. Kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu ia pun mengerjakan pula dengan ‘amal ahli syurga, maka masuklah ia kedalamnya. (Riwayat Bukhari & Muslim)
🕌Kandungan Hadis:
💫Manusia diciptakan oleh Allah S.W.T secara berperingkat.
💫Asal kejadian manusia ialah sama, iaitu dari air mani. Maka manusia itu satu taraf sahaja disisi Allah S.W.T, tidak ada kemuliaan dan kehinaan kecuali hamba-hambaNya yang bertaqwa.
💫4 perkara yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T kepada hambaNya setelah roh ditiupkan iaitu rezeki, ajal, amal dan kesudahannya samada baik atau sebaliknya.
🕌 Pengajaran:
💫Kejadian manusia yang unik menunjukkan kekuasaan Allah S.W.T mencipta makhlukNya.
💫Hadis ini menunjukkan mukjizat Nabi S.A.W yang menceritakan proses kejadian janin yang begitu halus dan teliti di zaman sebelum manusia mengenali ilmu sains dan teknologi.
💫Ketentuan hidup manusia telah ditetapkan oleh Allah SWT sebelum dilahirkan ke dunia.
💫Amalan manusia adalah antara syarat dan faktor selain rahmatNya, untuk menentukan nasib manusia samada ke syurga atau ke neraka.
#Jom sama² kita hayati dan amalkan
📚Rujukan Hadis 40