? Setiap kali kita mentadabbur ayat Al-Quran pasti kita akan mempelajari hikmah, nasihat dan pengajaran yang begitu banyak . Segala peringatan yang Allah SWT sebut di dalam Al-Quran sewajarnya menjadi pegangan dan ingatan buat diri kita setiap hari.
? Mulakanlah hari kita dengan membaca Al-Quran walaupun dengan hanya sepotong ayat. Lama-kelamaan kita pasti menjadi orang yang mencintai Al-Quran.?..
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka) : sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.”
(Surah al-Baqarah Ayat :186)
1. Masa dan Tempat Mustajab Doa
?MASA
Contohnya :-
? Hari Jumaat.
? Ketika berpuasa.
? Bulan Ramadhan.
? Ketika bermusafir.
? Ketika berbuka puasa.
? Ketika sujud dalam solat.
? Ketika malam Lailatul Qadar.
? Sepertiga malam atau tahajjud.
?TEMPAT
Contohnya :-
? Raudhah.
? Multazam.
? Hijr Ismail.
? Bukit Safa dan Marwah.
? Belakang maqam Ibrahim.
2. Pengajaran
? Kita dilarang memohon pertolongan selain daripada Allah.
? Kita hendaklah berdoa dengan penuh pengharapan dan yakin.
? Kita haruslah memuji Allah sebelum berdoa.
? Kita perlulah istiqomah dalam berdoa.
? Kita hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah sama ada di waktu susah atau senang.
#BacaAl-Quran
#FahamiAl-Quran
#AmalkanAl-Quran