?Hadis adalah pedoman hidup kita yang kedua setelah Al-Quran. Hadis juga merupakan baik teladan yang telah di ucapkan dan dicontohkan oleh Rasulullah SAW untuk kita umat Islam jadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian.
?Semoga hidup kita akan membuat menjadi lebih tenang dan diberkati. Insya Allah.?
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
عنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْت رَسُولَ اللَّهِ يَقُولُ: ” بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ: شَهَادَةِ أَنْ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَإِقَامِ الصَّلَاةِ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ، وَحَجِّ الْبَيْتِ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ”.
Dari Abu Abdal-Rahman Abdullah Ibn Umar radiyallahu anhuma katanya: Aku dengar Rasulullah sallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: Didirikan Islam atas 5 (rukun): Syahadah (pengakuan) bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan mendirikan sembahyang, dan mengeluarkan zakat, dan mengerjakan haji di Baitullah, dan puasa di bulan Ramadhan. (Riwayat Bukhari & Muslim)
? 1. Rukun Islam: 5 Perkara
✅Syahadah
✅Solat
✅Zakat
✅Haji
✅Puasa Ramadhan
? Kandungan Hadis :
✅ Kalimah Syahadah- syarat diterima amalan lain.
✅Dirikan Solat – Penghubung antara hamba dengan Tuhannya.
✅Keluarkan Zakat – Suburkan harta dan menyucikan diri.
✅Tunaikan Haji – Tidak harus bagi orang yang berkemampuan untuk melewatkan pemergiannya.
✅Puasa Ramadhan – Mengekang syahwat & maksiat serta memohon keampunan & rahmat Allah SWT.
? Pengajaran :
✅Hadis ini menerangkan tentang rukun Islam 5 perkara.
✅Mengumpamakan Islam sebagai sebuah binaan yang tertegak megah dengan 5 batang tiang.
✅Tanpa 5 perkara ini Islam seseorang akan goyah dan runtuh.
✅Rukun-rukun ini mestilah ditegakkan oleh setiap muslim dengan penuh ikhlas & tanggungjawab.
#Jomsama-samakitahayatidanamalkan
?Rujukan: Hadis 40