Siri 2 : Surah Ali ‘Imran (3: Ayat 200)
Kategori: Tadabbur Al-Quran
Keterangan:

Setiap kali kita mentadabbur ayat Al-Quran pasti kita akan mempelajari hikmah, nasihat dan pengajaran yang begitu banyak . Segala peringatan yang Allah SWT sebut di dalam Al-Quran sewajarnya menjadi pegangan dan ingatan buat diri kita setiap hari.

Mulakanlah hari kita dengan membaca Al-Quran walaupun dengan hanya sepotong ayat. Lama-kelamaan kita pasti menjadi orang yang mencintai Al-Quran.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اصْبِرُوْا وَصَابِرُوْا وَرَابِطُوْاۗ وَاتَّقُوا اللّٰهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ ࣖ

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu Berjaya (mencapai kemenangan)” (Surah Ali ‘Imran Ayat :200)

Jenis Sabar:

  • Sabar dalam mentaati perintah Allah.
  • Sabar dalam meninggalkan maksiat.
  • Sabar menerima ketentuan dan ujian Allah.

 

Kelebihan Sabar:

  • Dikasihi Allah.
  • Dipandang Allah dengan pandangan rahmat.
  • Dikurniakan kebaikan dan keberuntungan.
  • Diringankan beban dan tekanan ketika menghadapi masalah.
  • Diberikan ketenangan hidup.

 

Pengajaran:

  • Ujian merupakan iktibar dan penringantan dalam bentuk kasih sayang dari Allah agar kita kembali ke jalanNya.
  • Sabar merupakan kayu ukur dalam ujian untuk mengukur tahap keimanan hamba terhadapNya.
<< Back