Siri 15 : Surah Al-Mulk (67 :Ayat 1 )
Kategori: Tadabbur Al-Quran
Keterangan:

❗Jomm Mari Pakat Bertadabbur❗

🔖Siri 15 : -Surah Al-Mulk (67 :Ayat 1 )- 🌖 Kekuasaan,Keberkatan & Kebaikan Semuanya Milik Allah S.W.T 🌖

🕋 Setiap kali kita mentadabbur ayat Al-Quran pasti kita akan mempelajari hikmah, nasihat dan pengajaran yang begitu banyak . Segala peringatan yang Allah SWT sebut di dalam Al-Quran sewajarnya menjadi pegangan dan ingatan buat diri kita setiap hari.

🕋 Mulakanlah hari kita dengan membaca Al-Quran walaupun dengan hanya sepotong ayat. Lama-kelamaan kita pasti menjadi orang yang mencintai Al-Quran.💕..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

تَبَـٰرَكَ ٱلَّذِی بِیَدِهِ ٱلۡمُلۡكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَیۡءࣲ قَدِیرٌ ﴿ ١ ﴾

“Maha Berkat (serta Maha Tinggi-lah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
(Surah Al-Mulk ayat : 1)

🕋KANDUNGAN AYAT

🌗 Ayat pertama surah ini dimulai dengan lafaz ‘tabaraka’ (daripada perkataan ‘baraka’) yang disandarkan kepada Allah. Ia bermaksud membesarkan dan meninggikan zat Allah mengatasi selainNya. Dialah Tuhan Yang Maha Berkat di mana keberkatan atau kebaikan-Nya sangat banyak, semakin bertambah sehingga melimpah ruah dan juga berkekalan.

🌗 Ayat ini menjelaskan bahawa Allah S.W.T memiliki segala keberkatan dan kebaikan kerana Dialah yang memegang dan menguasai seluruh kerajaan dan pemerintahan di langit dan bumi, dari dunia hingga akhirat. Allah S.W.T adalah raja, penguasa dan pemerintah yang mengatur, mengurus, memakmurkan dan menjaga kelangsungan alam ini. Seluruh kerajaan dan pemerintahan itu adalah hak eksklusif Allah S.W.T sahaja dan tiada siapa yang memilikinya selain Allah S.W.T.

🌗 Penghujung ayat ini menjelaskan kesempurnaan kuasa Allah S.W.T di mana Dia bukan hanya memegang pemerintahan alam ini tetapi Dia juga Maha Menentukan segala sesuatu.

🕌PENGAJARAN

🌗 Mohonlah keberkatan daripada Allah S.W.T, kerana hanya Dia sahaja yang berkuasa memberikan keberkatan dan kebaikan kepada makhluk-Nya.

🌗 Taatlah sepenuhnya kepada Allah S.W.T kerana Dialah satu-satunya Raja dan Pemerintah Yang Paling Berkuasa yang berhak ditaati.

🌗 Sebagai hamba yang mengaku beriman dan taat kepada Allah S.W.T, wajiblah kita mematuhi segala hukum, undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah.

🌗 Sama-sama kita amalkan zikir ini bagi menzahirkan kemutlakan kuasa Allah S.W.T :

لا إلهَ إلاَّ اللَّه وحْدهُ لاَ شَرِيكَ لهُ، لَهُ المُلْكُ، ولَهُ الحمْدُ، وَهُو عَلَى كُلِّ شَيءٍ قَدِيرٌ

#BacaAl-Quran
#FahamiAl-Quran
#AmalkanAl-Quran

📚Rujukan : Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

<< Back