❗Jomm Mari Pakat Bertadabbur❗
🔖Siri 14 : -Surah Al-An’aam ( 6 :Ayat 32 )- 🌎Duniawi Hanya Sementara Ukhrawi Kekal Abadi 🌎
🕋 Setiap kali kita mentadabbur ayat Al-Quran pasti kita akan mempelajari hikmah, nasihat dan pengajaran yang begitu banyak . Segala peringatan yang Allah SWT sebut di dalam Al-Quran sewajarnya menjadi pegangan dan ingatan buat diri kita setiap hari.
🕋 Mulakanlah hari kita dengan membaca Al-Quran walaupun dengan hanya sepotong ayat. Lama-kelamaan kita pasti menjadi orang yang mencintai Al-Quran.💕..
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
وَمَا ٱلۡحَیَوٰةُ ٱلدُّنۡیَاۤ إِلَّا لَعِبࣱ وَلَهۡوࣱۖ وَلَلدَّارُ ٱلۡأَخِرَةُ خَیۡرࣱ لِّلَّذِینَ یَتَّقُونَۚ أَفَلَا تَعۡقِلُونَ ﴿ ٣٢ ﴾
“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir.”
(Surah Al-An’aam ayat : 32)
🕋KANDUNGAN AYAT
🌍 Ayat ini menegaskan tentang gambaran kehidupan duniawi dan ukhrawi yang mana kehidupan di dunia tidak lain hanyalah diumpamakan sebagai tempat permainan, hiburan semata-mata serta kehidupan yg sementara.
🌍 Bagi orang-orang yang bertaqwa, matlamat utama kehidupan mereka yang hakiki ialah hari akhirat yang kekal abadi.
🌎 Orang-orang yang cinta terhadap kehidupan akhirat mereka akan beriman sepenuhnya dengan perintah Allah S.W.T tanpa melebihi urusan dunia.
🕋PENGAJARAN
🌎Kehidupan dunia hanyalah kesenangan sementara, sebaliknya kesenangan yang kekal abadi adalah di negeri akhirat sana.
🌎Amat rugilah bagi sesiapa yang mencintai kehidupan dunia melebihi kehidupan akhirat.
🌎Dalam menuju kehidupan yang paling baik di negeri akhirat nanti, hendaklah kita mempersiapkan diri dengan amal kebaikan dan ketaatan sebaik mungkin kepada Allah S.W.T semasa di dunia.
🌎Kehidupan di dunia ini diibaratkan ladang kepada manusia untuk bercucuk tanam segala kebaikan, manakala akhirat pula sebagai tempat menuai hasil.
#BacaAl-Quran
#FahamiAl-Quran
#AmalkanAl-Quran
📚Rujukan : Tafsir Pimpinan Ar-Rahman