❗Jomm Mari Pakat Bertadabbur❗
🔖Siri 13 : -Surah al-Ahzaab ( Ayat 21 )- Keperibadian Rasulullah S.A.W. Ikutan Terbaik Bagi Umat Manusia 💖
🕋 Setiap kali kita mentadabbur ayat Al-Quran pasti kita akan mempelajari hikmah, nasihat dan pengajaran yang begitu banyak . Segala peringatan yang Allah SWT sebut di dalam Al-Quran sewajarnya menjadi pegangan dan ingatan buat diri kita setiap hari.
🕋 Mulakanlah hari kita dengan membaca Al-Quran walaupun dengan hanya sepotong ayat. Lama-kelamaan kita pasti menjadi orang yang mencintai Al-Quran.💕..
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِی رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةࣱ لِّمَن كَانَ یَرۡجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلۡیَوۡمَ ٱلۡأَخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِیرࣰا ﴿ ٢١ ﴾
Maksud: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”
(Surah Al-Ahzaab ayat : 21)
🕋KANDUNGAN AYAT
💖 Setelah menerangkan perihal kaum munafik dan perbuatan mereka yang khianat itu, maka dalam ayat ini Allah S.W.T memuji Rasulullah S.A.W dan menyifatkan Baginda sebagai contoh yang baik bagi orang-orang yang beriman, dengan akhlak dan perbuatan yang mulia kerana Baginda telah menghadapi saat genting itu dengan tabah hati dan gagah berani.
💖 Bersandarkan ayat di atas, jelas menunjukkan sifat keperibadian Rasulullah S.A.W yang baik sekaligus sebagai contoh yang harus diikuti oleh orang-orang yang beriman.
💖 Sesiapa yang mengharapkan keredhaan Allah S.W.T, hendaklah ia meneladani akhlak Nabi Muhammad S.A.W.
🕋PENGAJARAN
💖Rasulullah S.A.W merupakan orang yang paling mulia akhlaknya kerana menjadi contoh teladan yang baik buat umat manusia dalam segenap aspek kehidupan.
💖Akhlak sangat penting dan pengaruhnya sangat besar dalam membentuk tingkah laku manusia.
💖Sesetengah orang berkata, jika tiada agama bagi sesuatu kaum itu maka akhlaklah yang menjadi agama bagi mereka. Ini kerana akhlak adalah sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan manusia kerana ia menjadi penentu kejayaan atau kegagalan mereka dalam kehidupan di dunia ini.
💖Namun, bagi umat Islam, akhlak bukan hanya sebagai asbab kejayaan di dunia malah lebih penting lagi untuk mencapai kejayaan di akhirat.
#BacaAl-Quran
#FahamiAl-Quran
#AmalkanAl-Quran
📚Rujukan : Tafsir Pimpinan Ar-Rahman