Siri 12 : -Surah al-Baqarah( 2: Ayat 183)
Kategori: Tadabbur Al-Quran
Keterangan:

โ—Jomm Mari Pakat Bertadabburโ—

๐Ÿ”–Siri 12 : -Surah al-Baqarah( 2: Ayat 183)- ๐ŸƒPuasa Merupakan Rahsia Antara Hamba dan Allah SWT ๐Ÿƒ

๐Ÿ•‹ Setiap kali kita mentadabbur ayat Al-Quran pasti kita akan mempelajari hikmah, nasihat dan pengajaran yang begitu banyak . Segala peringatan yang Allah SWT sebut di dalam Al-Quran sewajarnya menjadi pegangan dan ingatan buat diri kita setiap hari.

๐Ÿ•‹ Mulakanlah hari kita dengan membaca Al-Quran walaupun dengan hanya sepotong ayat. Lama-kelamaan kita pasti menjadi orang yang mencintai Al-Quran.๐Ÿ’•..

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญู’ู…ูŽู€ูฐู†ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญููŠู…ู

โ€ŽูŠูŽุง ุฃูŽูŠู‘ูู‡ูŽุง ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ุขู…ูŽู†ููˆุง ูƒูุชูุจูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู ุงู„ุตู‘ููŠูŽุงู…ู ูƒูŽู…ูŽุง ูƒูุชูุจูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ู…ูู†ู’ ู‚ูŽุจู’ู„ููƒูู…ู’ ู„ูŽุนูŽู„ู‘ูŽูƒูู…ู’ ุชูŽุชู‘ูŽู‚ููˆู†ูŽ

” Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. ”
-Surah al-Baqarah Ayat : 183

๐Ÿ•‹ Kandungan Ayat

๐Ÿชด Allah S.W.T telah menyampaikan perintah kewajipan berpuasa kepada orang-orang yang beriman.
๐Ÿชด Puasa adalah suatu syariat yang penting, ia bukanlah suatu perkara yang baru kerana umat-umat terdahulu juga diperintahkan untuk berpuasa.
๐Ÿชด Natijah dari puasa yang berkualiti dari seorang mukmin, akan menghasilkan mukmin yang bertaqwa.

๐Ÿ•‹ Pengajaran

๐Ÿชด Puasa mendidik kita meninggalkan keinginanย nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan kepada kita sebelum berpuasa.
๐Ÿชด Puasa merupakan ibadat yang paling hampir dengan keikhlasan bagi seorang hamba kerana ianya merupakan rahsia antara hamba dan Tuhannya.
๐Ÿชด Kejayaan sebenarย seorang mukmin dalam melaksanakan kewajipan berpuasa ialah mencapai darjat ketaqwaan.
๐Ÿชด Orang Islam di seluruh dunia berpuasa dalam bulan yang sama yang menandakan kesatuan ummah, masing-masing merasai nikmat kebaikan bulan Ramadhanย  yang penuh keberkatan dan kerahmatan tanpa mengira warna kulit, bangsa, keturunan, bahasa dan sempadan geografi.

#BacaAl-Quran
#FahamiAl-Quran
#AmalkanAl-Quran

<< Back