❗Renungan Hadis Hari Ini❗
🔖Siri 40: Dunia Adalah Jambatan Akhirat 🪶
🕌 Hadis adalah pedoman hidup kita yang kedua setelah Al-Quran. Hadis juga merupakan baik teladan yang telah diucapkan dan dicontohkan oleh Rasulullah SAW untuk kita umat Islam jadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian. Insya Allah..🤲🏻
عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا: أَخَذَ رَسُولُ اللهِ صلی الله عليه وسلم بِمَنْكِبِي فَقَالَ: كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ. وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا يَقُولُ: إِذَا أَمْسَيْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الصَّبَاحَ، وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الْمَسَاءَ، وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ. (رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ)
Daripada Ibnu Umar R.A berkata; Rasulullah S.A.W pernah memegang bahuku dan bersabda: Jadilah kamu di dunia ini seolah-olah orang asing atau seorang pengembara. Ibnu Umar R.A telah berkata; Apabila kamu berada di waktu petang, janganlah kamu menunggu datangnya waktu pagi, dan apabila kamu berada di pagi hari, maka janganlah menunggu waktu petang. Manfaatkanlah waktu sihatmu sebelum sakitmu, dan hidupmu sebelum matimu. (Hadis Riwayat Bukhari)
🕌Kandungan Hadis:
🌸Hadis ini menerangkan kepada kita beberapa perkara :-
i. Manusia ini diibaratkan seperti orang asing dan pengembara (semasa hidup di dunia) yang mana kelak mereka akan pulang ke kampung halaman (di akhirat yang kekal abadi) masing-masing.
ii. Jangan menangguh dalam melakukan amal ibadat, manfaatkan masa sihat dan hidup sebaiknya.
🕌Pengajaran:
🌸1. Dunia bukanlah tempat tinggal yang hakiki, ianya sebagai sebuah persinggahan dan jambatan untuk menuju ke negeri akhirat yang kekal abadi.
🌸2. Orang yang mengerti nilai waktu, tidak akan bertangguh melakukan sesuatu dan tidak akan membiarkan waktunya berlalu pergi tanpa diisi dengan amal kebajikan yang bermanfaat.
🌸3. Beramallah sebelum datangnya kesusahan, kesakitan, kesibukan dan kematian, kerana jika kita tidak melakukannya, tiada lagi erti kekecewaan dan penyesalan.
🌸4. Apa yang kita inginkan setelah kematian, ialah bekalan amal soleh yang secukupnya yang kita kerjakan semasa hidup di dunia untuk menjadi bekalan di akhirat kelak.
#Sama-sama kita hayati dan amalkan
📚Rujukan Hadis 40