โRenungan Hadis Hari Iniโ
๐ Hadis adalah pedoman hidup kita yang kedua setelah Al-Quran. Hadis juga merupakan baik teladan yang telah diucapkan dan dicontohkan oleh Rasulullah SAW untuk kita umat Islam jadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian.
๐ Semoga hidup kita akan membuat menjadi lebih tenang dan diberkati. Insya Allah..๐คฒ๐ป
ุนููู ุฃูุจูู ู ูุงูููู ุงููุญูุงุฑูุซู ุจููู ุนูุงุตูู ู ุงููุฃูุดูุนูุฑูููู ุฑูุถููู ุงูููู ุนููููู ููุงูู: ููุงูู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตูู ุงููู ุนููู ู ุณูู “ุงูุทูููููุฑู ุดูุทูุฑู ุงููุฅููู ูุงููุ ููุงููุญูู ูุฏู ููููููู ุชูู ูููุฃู ุงููู ููุฒูุงููุ ููุณูุจูุญูุงูู ุงูููููู ููุงููุญูู ูุฏู ููููููู ุชูู ูููุขูู -ุฃููู: ุชูู ูููุฃู- ู ูุง ุจููููู ุงูุณููู ูุงุกู ููุงููุฃูุฑูุถูุ ููุงูุตููููุงุฉู ูููุฑูุ ููุงูุตููุฏูููุฉู ุจูุฑูููุงููุ ููุงูุตููุจูุฑู ุถูููุงุกูุ ููุงููููุฑูุขูู ุญูุฌููุฉู ููู ุฃููู ุนููููููุ ููููู ุงููููุงุณู ููุบูุฏููุ ููุจูุงุฆูุนู ููููุณููู ููู ูุนูุชูููููุง ุฃููู ู ููุจูููููุง”.
Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya’arie R.A beliau berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda: โKebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir Al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir Subhaanallah dan Al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Quran itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya.โ
(Riwayat Muslim)
๐ Kandungan Hadis:
๐. Umat Islam dianjurkan supaya menjaga kebersihan zahir dan batin.
๐. Imam Nawawi menerangkan bahawa Imam Ghazali mengertikan kesucian atauย kebersihan pada hadis ini ialah dengan kesucian hati dari sifat keji, dengki, dendam dan dari segala penyakit yang tersemat di dalamnya.
๐. Hadis ini menggalakkan untuk mengingati Allah S.W.T, berzikir, memelihara solat, bersedekah, bersabar, mempraktikkan apa yang terkandung di dalam Al-Quran dan memelihara diri dari melanggar perintah Allah S.W.T.
๐ Pengajaran:
๐. Islam amat menitikberatkan soal kebersihan rohani dan jasmani, sehingga menganggapnya sebahagian dari iman.
๐.Semua amalan soleh seperti bertahmid, bertasbih, solat, sedekah, bersabar merupakan kebaikan bagi seorang mukmin dan mempunyai nilai yang tinggi serta kelebihan di sisi Allah S.W.T.
๐. Al-Quran bukanlah untuk dibaca semata-mata, tetapi kita hendaklah mempraktikkan segala yang dibaca dan yang terkandung di dalam Al-Quran agar ianya menjadi hujjahย (pembela) kepada kita di hari akhirat kelak.
๐. Sebaliknya jika kita tidak mengamalkan isi kandungan Al-Quran, ianya akan menjadi saksi di hari akhirat di atas ketidakpatuhan kita terhadap isi kandungan Al-Quran tersebut.
๐. Orang yang berusaha untuk taat kepada Allah S.W.T bermakna dia telah menjual dirinya kepada Allah S.W.T, sebaliknya orang yang derhaka dan melakukan maksiat kepada Allah S.W.Tย bermakna dia telah menjual dirinya kepada syaitan dan hawa nafsu.
ุงูููููุธูุงููุฉู ู
ููู ุงูุฅูููู
ูุงู
[Kebersihan Sebahagian Daripada Iman]
#Sama-sama kita hayati dan amalkan
๐ Rujukan Hadis 40