โRenungan Hadis Hari Iniโ
๐Siri 7: Agama Itu Nasihat
๐Hadis adalah pedoman hidup kita yang kedua setelah Al-Quran. Hadis juga merupakan baik teladan yang telah di ucapkan dan dicontohkan oleh Rasulullah SAW untuk kita umat Islam jadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian.
๐Semoga hidup kita akan membuat menjadi lebih tenang dan diberkati. Insya Allah..๐คฒ
โุนููู ุฃูุจูู ุฑููููููุฉู ุชูู ูููู ุจู ุฃูุณ ุงูุฏููุงุฑูู ุฑูุถููู ุงูููู ุนููููู ุฃูููู ุงููููุจูููู ุตููููู ุงูููู ุนููููููู ููุณููููู ู ููุงูู : ุงูุฏูููููู ุงููููุตูููุญูุฉู ููููููุง ููู ููู ุ ููุงูู : ููููููู ููููููุชูุงุจููู ููููุฑูุณููููููู ูููุฃูุฆูู ููุฉู ุงููู ูุณูููู ููููู ููุนูุงู ููุชูููู ู
Dari Abi Ruqayyah Tamim bin Ausin Al-Dari (radhiallahuโanh), bahawasanya Nabi sallahuโalayhi wa sallam bersabda : Agama itu nasihat. Kami berkata : Bagi siapa ? Ia bersabda : Bagi Allah dan bagi KitabNya dan bagi RasulNya dan Imam-Imam kaum muslimin dan bagi orang ramai mereka.
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
๐ Kefahaman Hadis :
๐ธ Nasihah Lillah – ikhlaskan ibadah, mentaati serta jauhi larangannya.
๐ธ Nasihah Likitabi – al-Quran kalam Allah sebagai manhaj hidup & sesuai sepanjang zaman.
๐ธNasihah Lirasulihi – ikut ajarannya dan mengagungkan sunnahnya.
๐ธNasihah Li aimmati muslimin – membantu dalam urusan, nasihat ketika lupa, halang dari berlaku zalim.
๐ธ Nasihah Li ammatihim – membimbing ke arah kebaikan dunia & akhirat, mengajarkan mereka yang jahil agama, galakkan mereka kepada ketaatan.
๐ Pengajaran :
๐ธ Agama Islam berorientasikan nasihat sebagai teras pembinaan umat, menjaga perpaduan, mencipta kemajuan & pembangunan sama ada duniawi ataupun rohani.
๐ธ Membiarkan kerosakan & perkara kurang baik berlaku adalah bertentangan dengan konsep nasihat Islam.
๐ธ Islam memperuntukkan hak memberi nasihat kepada semua tanpa mengira kedudukan & status.
๐ธ Nasihat yang diberikan meliputi semua golongan manusia sama ada pemerintah atau rakyat.
๐ธ Nasihat untuk Allah, KitabNya dan RasulNya ialah dengan kita melaksanakan segala perintahNya & meninggalkan segala laranganNya.
๐ ุงูููููููู ูู ุตูููู ูุนูู ุณูุฏูุง ู ูุญูู ููุฏู ูู ุนูููู ุขูู ุณูุฏูุง ู ูุญูู ููุฏ ู๐
#Jom samaยฒ kita hayati dan amalkan
๐ Rujukan Hadis 40