🔖Siri 39: Surah Al-Maa’idah (5:Ayat 16) 🪶3 Kebaikan Melalui Kitab Allah Al-Quran
Kategori: Tadabbur Al-Quran
Keterangan:

❗❗❗Jomm Mari Pakat Bertadabbur❗
🕋 Mulakanlah hari kita dengan membaca Al-Quran walaupun dengan hanya sepotong ayat. Lama-kelamaan kita pasti menjadi orang yang mencintai Al-Quran.💕..
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

یَهۡدِی بِهِ ٱللَّهُ مَنِ ٱتَّبَعَ رِضۡوَ ٰ⁠نَهُۥ سُبُلَ ٱلسَّلَـٰمِ وَیُخۡرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ بِإِذۡنِهِۦ وَیَهۡدِیهِمۡ إِلَىٰ صِرَ ٰ⁠طࣲ مُّسۡتَقِیمࣲ ﴿ ١٦ ﴾

“Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikuti keredhaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.”
(Surah Al-Maa’idah ayat : 16)

🕋 KANDUNGAN AYAT

🌈 Ayat ini menjelaskan bahawa Allah S.W.T memberi kepada manusia 3 kebaikan melalui Al-Quran iaitu:

1. Membawa manusia kepada kebahagiaan dan keselamatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

2. Membebaskan manusia dari kegelapan kekufuran kepada cahaya keimanan dan ketaatan.

3. Membimbing manusia ke jalan yang lurus iaitu Islam.

🕋 PENGAJARAN

🌈 Hidayah itu adalah hak milik mutlak Allah S.W.T kepada para hambaNya yang dikehendaki.

🌈 Orang-orang yang mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah S.W.T akan mendapat kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

🌈 Orang-orang yang bergelumang dalam kegelapan kekufuran dan ingkar terhadap perintah dan larangan Allah S.W.T, adalah dikalangan hamba-hambaNya yang rugi di dunia dan di akhirat.

🌈 Bacalah dan fahamilah Al-Quran serta praktikkan isi kandungan Al-Quran dalam setiap urusan kehidupan seharian kita.

🌈 Mudah-mudahan kita sentiasa diberi taufik oleh Allah S.W.T untuk melakukan amal soleh serta sentiasa dikurniakan hidayah yang berterusan dan istiqamah di atas jalan yang lurus iaitu Islam.

#BacaAl-Quran
#FahamiAl-Quran
#AmalkanAl-Quran

📚 Rujukan : Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

<< Back